MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, September 27, 2011

Ipoh mali

Assalamualaikum.....
Sempena kedatangan tetamu aka makcik dan pakcik pada sabtu lepas sempat hidangkan nasi ayam ipoh ni. Frust juga rasanya sebab hanya dapat sediakan hidangan ini dan kuih raya sahaja. Nak buat macam mana salah diri sendiri. Masa raya hari tu memang mak cik dah bagitahu nak ke penang pada sekian sekian haribulan sempena konvokesyen adik sepupu. Tapi tarikh yang dinyatakan tidak dicatat atau dipahat diingatan. Kebetulan pulak hari jumaat tu, lepas maghrib dah tidur sebab sakit kepala. Mungkin sebab makan terlebih sangat kut. Mak cik ada call malam tu tapi tak sedar. Pagi baru perasan dan terus return call dan mak cik kata dah ada kat usm dan akan ke rumah setelah majlis selesai. Apalagi le kelam kabut le memikirkan menu yang hendak dihidangkan. Almaklum le bukannya biasa tetamu datang ke rumah. Fikir punya fikir rasanya nasi ayam le paling mudah. Walau pun pernah beberapa kali buat tapi masih tak yakin lagi, jadi geledah le dapur sifu2 dan tergoda dengan menu nasi ayam ipoh ni. Kira berani ambik risiko le sebab tetamu yang bakal dilayan datangnya juga dari ipoh. Alhamdulillah semua orang makan dengan begitu berselera sekali. Masakan tidak makan tengahari jam 3.00 petang sebab cari rumah tak jumpa2, at last hubby pergi jemput kat masjid jamek sungai nibong kecil. Ok le berbalik pada menu ni, terima kaih kepada Kak Nor sebab sudi kongsi resepi yang best ni. Maaf le tak sempat nak snap gambar nasi dengan sup sebab ianya dihidangkan setelah tetamu dah ada dalam rumah rumah. Segan pulak nak posing2 bagai. Minta izin yea kak kopipes kat sini.


NASI AYAM IPOH
resipi : Quinnie Myr

Bahan Utk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
1/2 sudu serbuk besar lada hitam ~ ni k.nor tambah

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah


Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)


Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
2 sudu besar sos tiram
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Cara Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Cara Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Cara Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.



    13 comments:

    tun_telani said...

    wahh.. hebat jugak last2 minit blh wat nasi set lengkap tu.. cantik je ayam. tun masa kak hasue dtg aritu pun sempat masak nasi arab n sejenis kuih je sbb pagi tu br kompom nk dtg.. tu pun, nasib baik karipap dh siap2 frozen dlm peti. hihi.. len kali nk wat kuih frozen byk2 senang kalau tiba2 org dtg.

    Kak Sam said...

    kalau akak buat kuih frozen rasanya bukan untuk tetamu

    Zalieda Zaliedana said...

    Kak sam,a"ah kira oklah tu kak,last minute pon leh lagi wat nasi ayam nih,sekbek bhn sume dah da kan,kalo sy,last minute nih,tapau jerla jawabnye..

    Unknown said...

    Assalam Kak sam, lama tak singgah dapur akak ni..sedap nasi ayam tu. nieza sejak blk cuti-cuti Malaysia memang tak berasap dapur pun...blk sini baru nak pegang periuk kuali balik..:)

    Mas said...

    kak sam..
    memang sedap kan nasi ayam ipoh ni..
    mas pun dah try dulu..he3
    wahh..menyelerakan betoi nengok nasi ayam kak sam tu..

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum sam..
    wah tengok nasi ayam tu tergoda d buatnya.. mmg fav nasi ayam nie...belum ada kesempatan lg buat nasi ayam nie.. mmg dah masuk list dah resipi nie.. nak buat gak nnt.. InsyaAllah..

    ady said...

    as-salam
    dah lama juga tak masak nasi ayam..Bilala berkesempatan nak buat ni..menggoda jerk ayam kat atas tu...

    Kak Sam said...

    Ct...
    tu pun bekejar ke pekan sg ara pi beli ayam.

    Kak Sam said...

    Nieza....
    Dapur nieza tu pun rasanya dah pueh berehat. Pasni mesti dia penat sebab tuan nya tak berenti memasak

    Kak Sam said...

    Mas...
    betul sangat tu. Masa adik sepupu duk makan punya le sronok negoknya. Hiang rasa penat

    Kak Sam said...

    Diana...
    Buat le cepat. Sedappp

    Kak Sam said...

    Ady...
    esok boleh kut.

    quinnie said...

    salam sam..terima kasih sebab sudi cuba resepi saya nih...:)