MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, September 25, 2011

Diet vs Open House

Assalamualaikum.......
Dah seminggu lebih tak menjengah dan men'n3' di sini. Bukannya tak ingat tapi takde ruang langsung untuk mengadap lappy. Malam ni baru berkesempatan nak berkongsi cerita dan menjelajah rumah sifu2 dan teman. Rupa2nya tak banyak dapur yang berasap. Ada yang dah lemau, takde mood, sibuk dan macam2 lagi. Ok le sementelah ada peluang ni takkan disia2kan. 
Agak2nya sapa yang menang yea kalau diet vs open house ni. Samua bagi jawapan yang sama kut. Yelah masa awal syawal dulu makan memang tak boleh nak kawal. Bak kata orang pantang nampak makanan terhidang. Minggu lepas berkesempatan ke tempat Dr. Rozmey di Jitra temankan FIL beli ubat. Masa duk menunggu sempat timbang berat badan sendiri. Alamak bacaan yang ditunjukkan melepasi had yang dibenarkan. Apalagi terus sematkan dalam diri untuk mulakan program diet secepat mungkin. Tapi malangnya selagi syawal belum berakhir, maka banyaklah jemputan ke majlis jamuan hari raya aka open house diterima. Murah rezeki le katakan setiap hari ada sahaja jemputan yang diterima. Tak syok pulak kalau tak hadir. Niat dihati undangan dipenuhi adalah untuk mengeratkan tali silaturahim. Tapi faham2 je kalau dah pergi takan nak jamu mata je kan kena le jamu tekak jugak. Jadi program diet terpaksa le ditangguhkan. Ni pun esok dan lusa ada lagi undangan. Rasanya kalau sekarang pergi jejakkan kaki atas penimbang pasti bacaan yang ditunjukkan boleh menyebabkan sakit jantung. Tidakkkkkk. Ok le harap2 berat yang diimpikan akan dapat dicapai pada bulan Zulkaedah nanti. 
Ok le layan je gambar2 semasa berlangsung jamuaan hari raya aidilfitri di pejabat saya pada 23 september lepas. Bayangkan kalau dah terhidang macam gini mana boleh tahan kan. 


Meja VIP
Ketupat
 
Lemang
Rendang
Nasi Impit & Kuah Kacang
Nasi
Satay
Soto
Rojak Buah



Air, ABC, Cendol & kuih muih
Buah2an
Gerai tercantik ~ Hehehe my depatment

Nota
Ada lagi makanan yang tak sempat di snap.



    6 comments:

    anymz said...

    makan aje sam,esok2 kita start diet ek..hehe

    Kak Sam said...

    yo lah tu kak anymz. Silap2 nanti ke pergi slim wolrd pulak. bukan badan yang kurus tapi poket yang kempis.

    Amie said...

    Assalam Kak Sam,
    meriahnyalah rupa hidangan di atas tu.... kalau Amie, peduli semua dengan diet tu... he hehehhh

    tun_telani said...

    mak aiiiiii......... mmg tergugat tengok lauk pauk.. kalau tun pun kompom diet ke laut.. rasa tu sikit, ni sikit... sikit sikit, lama2 lemak pun membukit.. hihihi..

    Naz / Nadz COSK said...

    Assallamualaikum Kak Sam..
    Tu buah2an tu, display jer ke, boleh makan?? Hehe.. Sibuk je nk tanya..
    Meriahnyaa dgn makanan...

    sitiezahim said...

    kalau saya, nampak ABC ngan rojak buah tuh kompom diet ke laut la kak..hihi