MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, September 28, 2011

Sabar je la

Assalamualaikum.....
Sekarang ni tengok ramai sifu2 hangin 1 badan. Mana taknya diorang bersusah payah menghasilkan yang terbaik tapi senang2 diambil oleh mereka yang tidak mempunyai perasaan bersalah. Kesian sungguh. Tapi tak pe le Allah SWT Maha Mengetahui. Ayat piawai "yang baik akan dibalas baik dan begitulah sebaliknya". Sabar ja la. Saya sebenarnya pun tak faham apa perasaan orang yang hanya kopipes aka ciplak hak milik orang lain. Takde ke barang sekelumit perasaan bersalah dalam hati diorang?. Pada saya jangan le kita persiakan teknologi yang semakin hari semakin canggih ni. Adalah lebih baik ianya digunakan untuk mencari kebaikan dari keburukan, Sementara kita masih bernyawa di bumi ini carilah ramai kawan bukannya ramai musuh. Hidup di dunia hanya sementara, jangan le kita menimbulkan perasaan amarah dalam diri sendiri maupun orang lain. Tapi rasanya sifu2 sekarang ni pun dah mangli kut, mana taknya kak ummi boleh gelak sakan gitu bila menengokkan hasil tangan beliau telah diambil dan digunakan sewenang2nya. Pada saya apa yang kita lakukan adalah untuk kepuasan diri sendiri, jadi buatlah sesuatu perkara itu berdasarkan kepada kemampuan diri sendiri. Tak perlu nak menunjuk benda yang bukan kita punya. Ok le malas dah nak menceceh panjang2 lagi. Layan je resepi pana cota yang best ni. Dulu kalau nak makan dessert macam gini kena pi makan kat hotel. Seboleh mungkin semua dessert yang dihidangkan di meja buffet pasti akan diambil. Tapi sekarang ni memang tak de le nak makan2 kat hotel lagi sebabnya bila tengok harga yang dipamerkan macam tak berbaloi je. Hehehe ayat orang tengah semanangat belajar memasak. Ok le terima kasih kepada semua yang telah mengwar2kan resepi ni.Walaupun gambar macam hampeh tetap jugak nak tempek kat sini.



RESEPI STRAWBERY PANACOTTA
Resepi :Kak Nor @ Secubit Garam
Source: Nurniezza 

Bahan-bahan
  • 9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)
  • 4 sudu besar air
  • 2 ½ cawan susu segar/fresh milk
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh vanila
  • Buah Strawberry ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula (nieza bubuh 2 sudu besar saja gula)

Cara-cara:
  1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
  2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
  3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
  4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah strawberry ke dalamnya.
  5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
  6. Tuangkan puri strawberry keatasnya dan bolehlah dihidangkan.


    6 comments:

    Zaliedana said...

    Hehe akak pon dah wat padang kota nih ya,hubby panggei pdng kota,Sy ok jer kira blh dimakan,tapi hubby xsuke,sekbek wat half adunan jer ritu..

    azieazah said...

    Wow Panacotta tu nampak sungguh menggoda. Rasa dia pasti sangat best!

    Betul, setuju. Tak ke mana pun kalu asyik tiru hasil karya orang lain. Buat malu jer mengaku hak orang jadi hak karya sendiri. Ciplak namanya

    sitiezahim said...

    ohhh memang sedap panacota ni kak..kompom hehehe

    ibundo said...

    orang yang suka rompak hasil orang tak ada kreativiti sendiri.

    tun_telani said...

    kak sam.. tun kan.. xdpt nk telan sgt panacota nii.. hihi... mmg rasa berlemak betul kan. tp tgk review ramai org suka nii..

    Juwita Jamaludin said...

    sedap panna cota ita suka.. strawbery frozen tu leh juga buat