MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, October 22, 2011

Bahananya kalau berangan

Assalamualaikum......
Semalam merajinkan diri untuk membuat puding yang menawan kalbu ni sebab boleh le aqil makan masa cuti ni. Mula jatuh cinta pandang pertama kat rumah kak ita lepas tu terus jelajah dapur yang telah menghidangkan puding ini termasuk le dapur tuan empunya resepi Ros. Dalam kepala nak buat stail kak ita tapi masa tuang serbuk agar-agar dalam periuk baru perasan guna yang kaler hijau. Huahhhuahhhuahhhh tu le bahananya kalau berangan masa memasak. Jadi terus je ikut resepi yang ada kat dapur kak ummi.Entah dimana silapnya macam tak jadi je. Tengok le berketul-ketul dipermukaan dan bukannya jadi lapisan macam yang sifu2 buat. Takpe le 1st trial le katakan (ayat penyejuk hati). Next time nak buat macam kak ita punya le pulak.


RESEPI CHOCOLATE OREO JELLY @ PUDING COKLAT OREO
Resepi: Ros @ Jintan Manis
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan ( dpt dlm 10-15 acuan jelly )
  • 1/2 paket agar-agar stripe atau ( 8 gram-1 paket serbuk agar-agar) )(*akak tukarkan dengan serbuk konyaku jelly)
  • 6 keping biskut coklat Oreo ( inti krim putih keluarkan) (*akak letak 1o keping...hehe)
  • 2 cawan air
  • 2 cawan susu segar ( kalau takde leh ganti dengan bancuhan susu pekat manis atau susu kacang soya)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 ikat daun pandan
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:-
  1. Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut. (*akak masak dulu serbuk jelly dengan air hingga mendidih dan masukkan gula, kacau hingga larut).
  2. Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati. Serbuk koko bancuh sedikit dengan 1 sudu besar air suam dan kemudian curah di dalam periuk agar-agar.
  3. Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
  4. Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak, Selamat mencuba.



      12 comments:

      ~Norul Mas Hana ~ said...

      sedap tu masuk tekak sejuk2..hihi

      Nuwairani said...

      cantik apa..nampak bercorak2...hihih.. baru kelmarin buat puding tauhu...dah xde stok susu ni...kene beli dulu baru boleh buat

      Kak Sam said...

      Norul..
      betul sangat tu

      Kak Sam said...

      Nuwairani...
      Hehehe kira ok le kan dari tak jadi.

      rahel said...

      Kak Sam..Rahel datang ni..nak tengok2 agar2 oreo..cam sedap je..bole cuba ni..

      LiNa_Pg said...

      assalam kak sam, box komen ni main sorok2 lak..jenuh dok klik xmo kuar lak.Apa ada pada rupa yg penting rasanya sedap memikat selera satu umah..nmpk cantik dah tu..ada pattern gitu..

      azieazah said...

      Wahhhh idea baru ni! Nak cuba suatu hari nanti...

      ady said...

      as-salam
      cantik puding coklat oreo tu..sedap mkn sejuk2..

      Juwita Jamaludin said...

      salam kak.. akak dah buat ye.. em.. ita pun nak cuba tapi kata tak jadi tu takut la pula sebab takut tak berlapis ye.. huhuuhuhu.. ita dah beli dah oreo tapi bila nak buat je slalu biskut dah habis.. dah la biskut ni mahal kat sini

      JaSSNaNi said...

      salam kenal.. nampak time jenjalan kat blog cik rahel tadi.. terus klik.. suka la.. coklat oreo agar2 ni.. ingatkan tadi rich coklat agar2.. tapi terangkat darjat lagi.. sbb ade oreo.. suke sangat.. sure budak2 lagi suke kan..

      Mamasya said...

      Aslmkum Sam

      mkn sejuk2 sedap agar-agar coklat.biskut oreo ni kalau kat rumah berebut....confirm tak sempat buat puding....

      Anonymous said...

      wah, sedapnyeeeeeee..
      salam kenal dari segmen abg ben. :)