MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, October 22, 2011

Tengok pun dah sedap

Assalamualaikum....
Tak de idea nak tulis apa pulak kali ini. Walau bagaimanapun nak juga kongsi menu makan tengahari tadi, ringkas dan sedap. Hubby kata tengok rupa pun dah sedap. Terima kasih diucapkan kepada pemilik DapurKu SaYang kerana sudi berkongsi resepi ini. Jika tak hujan petang ni cadangnya nak ke balik pulau. Harap-harap apa yang dirancang menjadi kenyataan.



RESEPI NASI GORENG UDANG
Sumber: DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 2 pinggan penuh nasi sejuk
  • 10 ekor udang basah
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3-4 biji cili padi (diketuk) - / +
  • sedikit sayur campur
  • 1 biji telur
  • garam dan lada sulah
  • sos ikan
  • kicap pekat/manis/masin secukupnya
  • daun bawang, bawang goreng untuk taburan
  • minyak masak

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga garing. Kemudian, masukkan cili padi. Tumis lagi.
  2. Masukkan udang dan goreng lebih kurang 1 minit atau hingga airnya kering.
  3. Masukkan sos ikan, kicap pekat dan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sebati.
  4. Masukkan sayur campur secukupnya. Gaul-gaulkan.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuali tadi dan kacau lagi.
  6. Kemudian masukkan nasi sejuk, kicap manis dan kicap masin. Goreng hingga masak.
  7. Setelah masak, taburkan bawang goreng dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.



    4 comments:

    Nadz Nazharzan said...

    Assallamualaikum kak Sam..
    Mmg tgk pun dah sedap kak Sam oiii.. Nak2 sbb ada udang yg bertenggek tepi pinggan tu.. Nak sepinggan boleh?

    Kak Sam said...

    Naz...
    Mai le ada sepinggan lagi kat dapur tu.

    EmbunRosaliza said...

    Assalam sam..nasi goreng bila kita letak udang mmg sedap, tambah sedap mkn ngan kopok tu laju je telan

    Nuwairani said...

    nasi goreng kalau buat pedas2 pastu makan panas2, memang kene betol la!