MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, October 15, 2011

Kalau dah malas

Assalamualaikum.....
Kalau dah virus M melanda mula le nak mengelat je, tapi bila memikirkan 4 perut yang perlu diisi maka terpaksa ke dapur juga. Buka esbok tengok ada ikan siakap. Hehehehe terus pandang kat pengukus yang tersimpan ditempatnya. Kebetulan pula ada mangkuk serbaguna yang baru dibeli. Jadi inilah masanya untuk menjalankan upacara pecah dara. Masa selak koleksi resepi yang tersimpan kat dalam laci, ternampak le resepi yang sangat mudah ni. Terus ke dapur untuk menjalankan operasi dan akhirnya terisi le perut2 insan yang sedang kelaparan.


RESEPI IKAN SIAKAP STIM
Sumber: Sajian Selera MW 250408

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap
  • 100 gram halia (dihiris halus)
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 5 tangkai cili merah (dihiris)
  • 50 gram daun ketumbar (dicincang)
  • Garam secukup rasa
  • Air limau secukupnya
  • Lemon
  • 1/2 biji carrot (dihiris)
Cara Membuat
  1. Masukkan ikan ke dalam bekas pengukus. Taburkan kesemua bahan ke atas ikan.
  2. Masukkan sedikit air dan kukus selama setengah jam.
  3. Sedia untuk dihidang.


    8 comments:

    lina_pg said...

    bestlah kalau camni malas kuar ikan stim, sy ni kalau malas aci mkn kat luar je lah.
    Sedap nmpk ikan stim tu

    ~Norul Mas Hana ~ said...

    wahh kak sam...malas2 pon sedap jgk masaknya..hihi...lama tak mkn ikan siakap nih...huhu..

    azieazah said...

    Ikan Siakap dikukus. Memang itulah hukumnya.

    Makan panas-panas, pastu nasik dah habis, ratah ikan jer. Adehhh!

    Amie said...

    ini bukan resepi orang malas ni... sedap begini kejadiannya, siap selak buku resepi lagi,bukannya macam pecah telur goreng telur... he hehhhheeee

    Kak Sam said...

    Kak Lina...
    La ni memang jarang makan kat luar. Rasa macam tak berbaloi je.

    Kak Sam said...

    Norul..
    Sebab senang sangat tu yang jalan je.

    Kak Sam said...

    AA...
    Pastu terbuntang

    Kak Sam said...

    Amie...
    Versi orang malas alaf baru. hehehehe