MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, October 15, 2011

Tak laju pun

Assalamualaikum...
N3 luahan perasaan. Masa uruskan apak keluar hospital hari tu saya pergi ambil ubat di farmasi hospital, ada le dalam 10 jenis kut. Sebelum bertolak balik ke penang, keluarkan semua ubat yang ada dalam beg tangan dan terangkan pada adik dan apak berkaitan semua ubat2 tu. Lepas tu terus adik simpan dalam bekas. Pagi khamis masa keluarkan nota dari dalam beg tangan nampak ada ubat, bila baca rupanya itu ubat tahan sakit untuk apak. Alamak rasa bersalahnya, terus telefon adik dan bagitau perkara tersebut dan berjanji akan pos pada hari tu juga. Tapi entah macama mana tak sempat pergi ke pejabat pos, lagi bertambah tebal le perasaan bersalah tu. Pagi semalam dalam perjalanan ke site singgah sebentar di pejabat pos. Tanya kakak di kaunter tu "kalau pos laju boleh sampai esok tak?". Kakak tu jawab "boleh sebab esok posmen kerja". Tapi tadi telefon kampung, adik kata tak sampai pun lagi. Huahhhh siannya apak, harap-harap apak dapat bertahan tanpa ubat.


    No comments: