Assalamualaikum...
Di kala sejuk2 ni kepala duk fikir apa nak makan. Dah tu pulak nak makan yang panas2 je. Disebabkan kepenatan yang amat sangat maka masak le yang ala kadar je. Kiranya kalau dalam citer ultraman tu sekarang ni lampu yang kat dada tu tengah berkelip2 je. Kena recharge dulu kut baru boleh bersemangat balik. Tu pun hari ahad ni kena berangkat ke KL sebab pagi isnin ada mesyuarat kat sana. Mulanya nak pergi naik flight, tapi disebabkan bos pun ada meeting kat sana juga jadi kena le pi sekali. Ye la takkan bos naik kereta, anak buah naik flight. Tak patut..tak patut.... Tapi silap dia juga sebab tak suka travel naik flight. Huahhhh tak laratnya. Malam ni layan cucur yang sempoi ini yang mana resepinya saya ambik dari dapur kak Sue. Cuma saya bancuh dengan air panas sebab nak bagi lembut. Cewah...cewah... sudah makin berani sekarang. Cucur ni keras di luar tapi lembut di dalam dan Hubby kata macam tak puas je makannya. Apa-apa je la, janji ada benda makan untuk isi perut.
RESEPI CUCUR BAWANG
Sumber: Citarasa Kehidupan Suejoshua
BAHAN-BAHANNYA:
- 3 cawan tepung gandum - diayak
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1/2 s/t serbuk kunyit
- 1/2 s/t serbuk lada sulah
- 1 s/b serbuk pati ikan bilis
- Garam dan perasa
- Air secukupnya
- 1 1/2 cawan air panas ~ saya tambah
- Minyak untuk menggoreng
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi kedalam mangkuk, kemudian masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk yang telah berisi dengan tepung tadi kecuali air dan minyak, gaul hingga sebati tetapi bancuhan janganlah terlalu lembik atau terlalu keras.
- Panaskan minyak secukupnya didalam kuali dan gunakan api yang sederhana.
- Sudukan sedikit-sedikit adunan tadi kedalam kuali, buat hingga habis.
- Balik-balikkan gorengan sehingga masak keperangan dan garing, angkat dan toskan minyaknya.
- Hidangkan bersama cili sos.
13 comments:
salam singgah
cadangnya esok pagi nak bikin cekodok sebab balik opis tadi singgah pasar malam beli bahan..he..cucur bawang pun sedap juga...
dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com
Kuih paling senang buat. Sedap dimakan. Ada sekali dulu saya tengok, chef hotel mana ntah, bancuh dengan air yg diambil dari peti sejuk. Ada juga yang bancuh dgn air panas. Taktau mana satu betul utk lembutkan cekodok.
Saya, bubuh telur tu sudah mesti.
kak sam.. hasben tun pun ckp x puas mkn cucur yg bancuh ngan air panas. dia lembik2 kat dalam kat.. cekodok biasa ala2 mak masak dulu2 jugak yg dicari. hihi..
Nur..
tq sudi singgah. Insyaallah saya akan menyusul
AA...
macam2 cara kan. Bagi saya yang baru nak bertatih ni pelan2 akan terus mencuba
Tun...
Biasa le air tangan mak memang yang terbaik le.
assalamualaikum..
kak sam, ayu singgah sini sebab ada terpandang cucur..
fuhhhhh
hujan gini mmg best layan kan
Kak Sam...untuk bekpes sedap ni...
biasa buat cucur tapi guna air biasa saja, bukan air panas... pernah buat dengan air panas tapi kurang umpphhh berbanding air biasa / sejuk... cita rasa masing-masing tak sama ye Kak Sam..
Assalam sam akk suka ni kalo cucur pesen gini, mesti sedap ni, kena air panas mendidih ke panas biasa2 saje, menarik
sam, cekodok ni buatlah cekodok apa pun.. pasti kat rumah ni berebut2 makan. tambah2 pula yang lembut.
Kak Sam, Kalau cucur, anak2 naz mmg suka yg keras aka garing di luar tapi lembut di dalam..
cucur gini makan time2 cuaca sejuk sepoi2 ni enak gak ni k'sam...
Post a Comment