MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, October 14, 2011

Pohon padaMu Ya Allah


Assalamualaikum......
Syukur padaNya kerana dihari yang mulia ini diberi kesempatan untuk berkongsi cerita disini. Minggu ni memang kelam kabut dibuatnya sebab ayahanda tercinta masuk wad disebabkan oleh masalah tulang retak dilututnya. Sebenarnya kejadian berlaku awal bulan ketika kami semua berkumpul di rumah abang di meru. Bak kata orang malang tak berbau, ketika apak ingin berbaring dia terjatuh apabila kakinya tersadung pada tilam yang disediakan. Disebabkan oleh umurnya yang telah menjangkau 76 tahun, jatuhan yang sedikit memberikan kesan yang besar terhadap kakinya. Ketika itu kami hanya membawanya ke klinik dan doktor menyuntik ubat penahan sakit. Doktor ada menasihatkan supaya dibawa ke hospital kerana dikhuatiri berlaku keretakan pada tulang. Namun perkara itu memang paling ditakuti oleh apak, sepanjang hayatnya tidak pernah sekalipun dia menerima rawatan di hospital. Namun pada malam ahad lepas adik memaklumkan bahawa apak bersetuju untuk ke hospital dan ini membuatkan saya benar-benar risau kerana dapat merasakan bahawa apak sudah tidak tertanggung lagi dengan kesakitan yang dialaminya. Setelah berbincang dengan abang yang tinggal di petaling jaya kata persetujuan diperolehi dimana dia akan pulang untuk membawa apak ke hospital. Manakala saya akan pulang setelah mengambil GL daripada pejabat dan akan pulang pada keesokan harinya Namun pada jam 6.30 pagi isnin sms diterima daripada bos agar saya hadir ke mesyuarat bersama pengarah berikutan beliau sekeluarga keracunan makan dan cirit birit. Subhanallah. Setelah berbincang dengan hubby, saya putuskan untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Keadaan menjadi semakin kacau apabila abang menelefon memaklumkan bahawa pakar mencadangkan agar pembedahan dilakukan ke atas lutut apak bagi memasukkan besi, aduh lagi le tak keruan di buatnya. Selesai sahaja mesyuarat kira-kira jam 2.30 petang saya terus menuju ke pejabat untuk mengambil GL dan pulang ke kampung bersendirian dengan keizinan suami. Pada pagi selasa sempat berjumpa dengan Pakar Ortopedik yang merawat apak dan membincangkan secara terperinci berkaitan pembedahan yang dicadangkan. Setelah itu saya dan abang bersepakat agar apak disimen sahaja kerana faktor usia dan peyakit darah tinggi yang dihidapinya. Sekarang apak dah balik rumah dan dijaga oleh 2 orang adik yang setia menemaninya.

"Ya Alllah Ya TuhanKu berikanlah kekuatan kepada apak untuk menghadapi dugaan ini. Ngkau kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani kami sejak dari kecil lagi. Amin....."



    13 comments:

    Ida,Japan said...

    semoga apak k'sam beransur sembuh ye...sabar ye,

    anymz said...

    akak dah pernah rasa dua kali patah kaki ni sam..sakitnyaaaa memang tak tertanggung.elok sangat lah kalau hanya di simen tu..semoga apak cepat sembuh.

    Kak Sam said...

    ida & kak anymz..
    Tq yea.

    Acik Erna said...

    amin..semoga apak sam cepat sembuh.

    Kak Sam said...

    Acik Erna..
    Tq

    Mamasya said...

    Aslmkum Sam

    Moga ayah Sam cepat semboh spt sediakala...byk2 bersabar ya.Ayah Sam sebaya dgn atok sy....kalau sakit mmg tak nak ke hospital...kena pujuk baru pergi.
    re; Cadangan masak2 ...apa kata Sam cuba nasi ayam goreng...sesuai seisi keluarga.

    Juwita Jamaludin said...

    kak sam.. semua apak akak cepat sembuh ye kak

    Kak Sam said...

    Mamasya..
    Tq. hehehe cadangan tu akan dipertimbangkan.

    Kak Sam said...

    Ita..
    tq

    azieazah said...

    Aminnn... moga segalanya lancar dan baik-baik sahaja.

    Juga semoga anak-anak bersabar dan tabah dgn ujian ini. Ketabahan dan kesabaran anak-anak akan memberi semangat kepada Apak nanti, insyaAllah.

    Unknown said...

    didoakan juga semoga ayah kak sam cepat sembuh....insyaAllah amin.

    Kak Sam said...

    Nieza..
    tq

    Kak Sam said...

    AA..
    tq