MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, October 27, 2011

Nanti buat kaler biru pulak

Assalamualaikum....
Nampaknya sekarang ini kena tayang menu yang dah basi je la sebab tak sempat nak duduk depan lappy. Ahad lepas punya le semangat usung lappy pergi kl kononnya masa duduk sorang2 boleh le berblog puas2. Sekali tu bila tanya kat kaunter pasal wifi minah tu jawab 1 jam 6 ringgit, 2 jam 10 ringgit. Mak ai tak tergamak rasanya nak guna, bukan pasal tak mampu nak bayar tapi pelik hotel yang international katanya boleh kenakan charge untuk benda macam ni. Biasanya kalau ke kl saya akan duduk kat presscot inn yang memang best tu. Tapi kali ini pergi dengan bos kena le ikut kat mana dia duduk tak boleh le nak ngada2. Sudahnya malam tu dihabiskan dengan membaca sebuah buku yang baru dibeli dengan mengepau duit hubby. Hehehe kira bagus jugak le kalau tak mesti buku tu duduk dalam beg je. Setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya kan.

Berbalik pada tajuk kat atas tu, semalam lepas makan pagi tanya hubby kalau tengahari makan kari ayam ok tak. Hubby jawab ok jugak petang boleh makan dengan roti jala. Ewah..ewahhh...ewah.... sekarang dah pandai nak minta macam2. Hehehe bangga...bangga..... Petang tu masa menjala alif dah tak sabar2 nak makan bila siap je terus je dia ngap. Jangan tak caya 1 piring kat bawah ni dia makan sorang2 dan siap cakap nanti hari isnin mama buat kaler biru pulak yea sebab abang suka kaler biru. Hilang terus penat lelah menjala petang tu. Ok le kali ini saya guna resepi yang di kongsikan oleh lynn di MyR. Terima kasih bebanyak yea izinkan saya kongsikan disini. Untuk kari ayam yang sedap tu nanti saya kongsikan di N3 akan datang.


RESEPI ROTI JALA 
Sumber: lynn@myresipi.com

Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. ) ~ saya buat 1/3 dari resepi ni
  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala 


    Cara-cara
    1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus.
    2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
    3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
    4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
    5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
    6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
    7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.


      10 comments:

      rahel said...

      Selamat mlm Kak Sam..nampak segar je roti jala tu..nak tunggu gak yg kaler biru..hihi.

      Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

      Salam kak sam.kita pun dah agak lama tak menjala.Nampak ni terasa la pulak nak menjala.hari ahad ni boleh kot.

      Amie said...

      Selamat pagi Kak Sam,
      wah! sekarang ni kalau menjala dapat hasil warna-warni ye... cantik & menyelerakan!... tapi Amie kalau makan roti jala mesti bubuh kuah banyak-banyak sampai tertutup rotinya...

      tun_telani said...

      wahh.. memang sedap la tuu. byk betul aliff makan.. tun pun x habis mkn byk tu rasanya.. hihi
      tun kalau nk travel mmg akan ada buku cerita dlm beg. mmg dh mengikut perangai mama n abah tun. sbb kdg2 tgh2 tunggu flight ke, masa dlm flight ke, atau xde mende nk wat kat hotel, kalau dh stat baca buku tu xde la bosan sgt.

      Kak Sam said...

      Rahel...
      Sabar menunggu erk. Harap2 mood menjala akan datang cepat

      Kak Sam said...

      Kak Ros...
      Boleh le tumpnang 4 mulut erk. Pastu akak buat kaler biru lagi cepat le impian alif tercapai

      Kak Sam said...

      Amie...
      Tu le dulu asyik tengok kaler kuning je. La ni macam2 kaler ada.

      Kak Sam said...

      Tun..
      memang sedap sampaikan mama pun makan sekeping 2 je. Akak ni dulu memang hantu novel tapi sekarang ni beralih arah. Hehehe

      lina said...

      salam kak sam - cantik nya jala nya tu.

      Mamasya said...

      Aslmkum Sam

      Cantik warna hijau roti jala Sam.Roti jala cicah kuah kari mmg favorit kami sekeluarga.
      re; Sam,apam mula2 buat dulu takut juga tak jadi, sy kukus sebiji dulu utk sesuaikan apinya.dah ok baru kukus byk.Slmt berhujung minggu...