MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, October 21, 2011

Ringkas2 aje

Assalamualaikum.......
Bersempena dengan kesibukan yang habis-habis maka saya jamu bihun goreng yang ringkas ni. Sekarang ni hampir tiap2 hari hujan di bumi penang ni dan perut pun sentiasa lapar je. Jadi bila dapat makan makanan yang panas2 memang sedap je. Disebabkan kekangan masa maka sempat masak bihun yang ala kadar ini untuk juadah makan malam sekeluarga. Kalau orang lain mungkin masak bihun ni perkara yang paling kacang tapi bagi saya yang sedang belajar memasak ni mencuba pelbagi resepi adalah perkara yang amat mengujakan. Jadi saya kongsikan resepi yang digunakan kali ini. Ok le nak sambung buat kerja yang takkan habis ni.



RESEPI MIHUN GORENG
Sumber: Buku resepi tak bernama pemberian MIL

Bahan-bahan
  • 600 gram mihun (dicelur) ~ saya rendam je
  • 200 gram udang
  • 100 gram tauge
  • 2 keping tauhu goreng
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 peket udang kering -ditumbuk
  • 1 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 3 pokok daun sawi - saya tambah


Cara
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumuskan bawabg merah dan bawang putih hingganaik bau. Masukkan cili kisar dan udang kering. Goreng selama 2 minit.
  2. Kemudian masukkan udang dan garam. Biarkan sekejap.
  3. Akhir sekali, masukkan mihun, tauge, tauhu dan daun bawang. Gaulkan supaya bercampur rata. Masak selama 5 minit.
Nota: Semenjak bekerja di bertam ni, waktu rehat hari jumaat tak tahu nak pergi mana.


      7 comments:

      cik cek said...

      Yang ringkas tu yang sedap...kan ..kan...

      Zalieda Zaliedana said...

      Kak Sam,xperlah kak,lama2 nanti dah pandai msk,xyah la nengok rcp,hihi..Ringkas pon nmpak sedap kak..Bertuahnyer akak,MIL bgi buku rcp,sy xsmpat pon nk jumpa MIL..

      tun_telani said...

      kak sam.. tun tgk akak ni pandai je masak mcm2.. hihi..
      tun kan, skrg ni kan, pagi2 selalu xtau nk masak apa utk bekfes.. tun suka mkn bihun, tp hasben tun xsuka sgt bihun. jd jarang masak la. sesekali bila dpt makan bihun goreng tuu.. nikmat betul rasanya. hihi

      Kak Sam said...

      Cik cek
      kalau perut tengah lapo apa pun akan jadi sedap. Hehehe

      Kak Sam said...

      Ct
      alhamdulillah syukur sangat sbb dapat MIL yang baik dan tak kisah dengan menantu yg tak pandai masak cam akak ni

      Kak Sam said...

      Tun
      la ni baru nak insaf dan belajar. Sian kat hubby n anak2 akak.

      azieazah said...

      Adik saya ada buka tadika di Bandar Bertam...