MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, November 1, 2011

Awalnya..

Assalamualaikum........
Wa macam tak percaya boleh bersiaran seawal ini tapi tak boleh le nak cerita panjang2 sebab sekejap lagi kena bersiap untuk ke tempat kerja. Semalam dengan hari ini boleh keluar lewat sikit sebab ada kursus @ bengkel kat belah penang. Petang pun boleh sampai awal kat rumah dan boleh le masak makan malam yang ala2 gitu. Ok le kita layan menu yang memang best ni, nak masak pun senang je. Terima kasih yea Kak Pia, izinkan saya cnp di sini.



RESEPI MEE KUAH TOMATO
Sumber: Sofea@after6am

Bahan-bahan:
  • 1 bungkus mee kuning
  • 3 ulas bawang putih~ cincang halus
  • udang@ayam @daging
  • 2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi 1 kiub ayam
  • sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
  • 2 pokok sawi pak choy
  • 1 biji kentang (saiz besar) rebus & lecek halus
  • 2 biji tomato
  • garam & gula
  • 1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
  • air
  • minyak utk menumis


    Cara-cara:
    1. Rendam mee dalam air panas hingga lembut dan toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
    3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air, masukkan kentang yg dilecek halus dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
    4. Akhir sekali masukkan udang,daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.




      10 comments:

      Nieza said...

      sedapnya tgk mee kuah kak sam ni...lapar lak perut malam-malam kat sini tgk mee gini:)

      Mas said...

      kak sam.....
      mee kuah sepinggan beso..he3

      JaSSNaNi said...

      nak gak mee kuah... sedap tu... lagi2 telur atas tu kasi kuning cair2 sket.. adohaiiii.. tangkap leleh la pepagi buta ni.. ehehe

      cik cek said...

      Nak semankuk....slurp2...hirup kuahnya...emmmm...bestnya...:D

      ady said...

      as-salam
      sedapnye mee kuah tomato..terliur tgk..

      rahel said...

      Mat petang Kak Sam
      menarik menu ni..bole jadi menu org berdiet kan..hehe.

      Zaliedana said...

      Assalam kak,uii awalnyer bersiaran..Sy cadang nak goreng mee ajer mlm nih kak,mee ada jer tuh..Mee akak nih pon nmpak sedap..

      nuwairani ismail said...

      erm...tak pernah buat n tak pernah makan...kene cuba makan dulu baru tau sedap ke tidak...

      cantik roti jala warna biru rupanya...nani teringin jugak nak beli acu lubang 3 tu.nanti2lah..

      Naz / Nadz COSK said...

      Assallamualaikum kak Sam..
      Yg ni pun buat Naz terliur.. Kuah tu buat perut semakin lapar..

      iva said...

      mee is my favourite! boleh makan everyday. just yesterday saya masak curry laksa and i'm always on the search for a new mee recipe. I might have to give this one a go, looks tempting!.