MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, December 28, 2011

Beriani punya hal

Assalamualaikum...
Kali ini bukan nak cerita pasal resepi nasi beriani yea cuma nak kongsikan rasa hati yang dah terpendam selama 3 hari. Masa di kl hari tu hubby teringin nak makan nasi beriani dan kebetulan berhampiran dengan hotel yang kami duduk ada sebuah restoran Nasi Beriani yang terletak di medan tuanku. Malam pertama masa kami lalu kat situ memang tengok ramai sangat orang makan kat situ. Jadi malam kedua tu kami pun turut sama menjejakkan kaki ke situ dan kelihatan banner yang bertulis Best Cheese Nan in Town. Jadi kami pun order Nasi Beriani 1, Cheese Nan 1, Plain Nan 1,  Teh Tarik kurang manis 3 dan air kosong 1. 

Firstly memang le aku perhatikan kebersihan restoran tu dan kelihatannya seperti kurang diberi perhati oleh pemilik restoran. Tunggu punya tunggu segelas air kosong dan segelas teh tarik pun sampai. Aku pun cakap le "akak order 3 dik" dan dibalas "kejap yea kak". Setelah sekian lama menunggu sampai le cheese nan dan nasi beriani. Aku kata le "plain nannya mana dik" dan di balas lagi "kejap yea kak".  Setelah hampir separuh cheese nan aku makan, air yang diminta masih tak kunjung tiba dan aku pun terus menuju ke kaunter buat air dan cakap "dik teh tarik akak takde ke" dan jawapan yang sama diberikan. Tak lama selepas itu diletakkan 3 cawam teh tarik kat atas meja. Aku rasa menyirap je darah masa tu dan sangat tak paham le apa masalah diorang ni. Sampaikan hubby habis makan nasi, plain nan masih tak diterima dan terus aku pujuk alif untuk makan maggi kat dalam bilik nanti dan dia bersetuju. Aku pun pergi menuju ke kaunter untuk membuat pembayarn dan minta adik tu kira semula berdasarkan kepada makanan dan minuman yang diterima. Masa aku terima baki duit terus aku cakap "Dik nak cakap sikit yea, food kat sini sedap tapi service out".  Nasib le yea sebab tak mahu simpan lama2 nanti buat dosa jea. 

Kesimpulannya, kepada semua peniaga makanan pelanggan pasti akan kembali semula ke kedai/restoran anda jika makanan yang dihidangkan adalah sedap, layanan yang diberikan baik dan kebersihan sentiasa diutamakan.

Nota: Perkongsian ini adalah sebagai peringatan bersama, bukannya nak burukkan sesiapa.



    10 comments:

    JaSSNaNi said...

    Assalamualaikum.. kak sam..
    nani datang ziarah sini plak.. selamat berkenalan..

    hari tu nani jalan2 kat bangi ngan asben.. lepas tu perut punya la lapar.. nak citer gak ni.. lepas tu kan, lalu ler depan JM beriani kat bangi tu, terus nani soh asben singgah.. alhamdullillah, layanan service kat situ mmg tip top, sekejap je dah sampai air, tunggu sat dah sampai nasi beriani plak.. sedap plak tu.. lepas ni nak pegi lagi bawa anak2 plak.. sampai skrg ni nani ngidam lagi nak makan beriani kat situ, sbb tip top.. daging lembut.. plus acar sedap sangat.. hihihihih

    Acik Erna said...

    assalam sam..kalau layanan teruk..sedap macam mana pun makanan nya..acik tak pernah pergi kekedai tu semula.

    sitiezahim said...

    samalah kak, saya penah kene..dah la lambat, kita order lain dia anta lain..masa nak bayar saya tegur la, tuan kedai tuh menjawap!! siap ckp stakat duit RM5 saya tuh tak besar mana! lepas tuh kami balik hotel, sebarkan kat kawan2 jgn pegi kedai makan tuh..hahaha

    Ujie said...

    salam kenal kak sam,

    asal kita dah tegur, kita dah buat yg betul la tu..bagus kak!

    Kak Sam said...

    Jassnani...
    tq sudi singgah sini. Nampaknya kalau turun sana kena pi cari le restoran tu.

    Kak Sam said...

    Acik...
    Hehehe memang takkan pergi dah.

    Kak Sam said...

    Siti....
    Kalau peniaga cam tu memang takkan bertahan lama punya. Meniaga syok sendiri

    Kak Sam said...

    Ujie...
    Tq. Akak ni memang jenis sound je kalau tak puas hati. Tak jadi beban kat kita nanti

    Mamasya said...

    Aslmkum Sam.confirm sekali kena servis tak memuaskan dah tak singgah lagikan..

    Kak Sam said...

    Mama...
    betul...betul...betul