MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, December 28, 2011

Kena merajinkan diri

Assalamualaikum........
Malam ni tak boleh citer panjang2 sebab nak kena buat LNPT dalam HRMIS. Kalau ikutkan memang malas nak buat malam2 buta ni tapi bila memikirkan waktu pejabat punya le lembab sistem ni. Mana taknya semua penjawat awam sedang sibuk siapkan dalam tempoh yang diberikan. Ok le layan je resepi ringkas dan sedap dimakan bersama nasi panas2. Tq kak Ummi Kuantan dan saya ambik dari dapur CT Zaliedana. Rajin2 le klik link diorang kat bawah ini sebab mesti takkan menyesal punya kalau dah ke sana.




RESEPI AYAM SOS SIAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Cnp dari CT Zaliedana

Bahan (anggaran):-
  • 1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
  • 15 tangkai cili padi thai *
  • 4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/3 cawan sos cili
  • 1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la)
  • sedikit gula (optional)
  • minyak masak secukupnya
  • sedikit garam dan serbuk kunyit

Cara Memasak:-
  1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek)
  5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!




    15 comments:

    Citarasa Rinduan said...

    kita nie kaum wanita, macamana penat kena gak buat kan?

    peeh.. ayam sos siam nampak nyami..
    kak sam, ayu rasa lapor..
    adehhh

    [PCL] said...

    salam, mesti pedas nih...kalau lg pedas lagi sedap tau masakan isteri untuk suaminya.

    Kak Sam said...

    Kak Wan...
    Itulah keistimewaan kaum wanita ni, semua tanggungjawab yang dipikul pasti nak dibuat sebaiknya. Lapar yea... mai le sini

    Kak Sam said...

    [PCL}...
    Pedas tu wajib, kalau tak hubby tak selera nak makan

    izahdaut said...

    Kak sammmmmm
    Saya suke masak gini. Tapi tak brapa kena pulak sslera en suami saya tu. Tapi pasti akan dibuat. Eh rasa mcm dah try dah ... Hmmm trasa2 kewangianndaun2 tu

    Ayu Safieza @ Humaira' said...

    Kak Sam....org x berapa nak rajin dtg lawat nak tapau lauk ni....mmmm yum3!!

    Nieza said...

    kak sam, saya pun lately ni lemau tul la nk mskx2 ni...bila nk merajinkan diri tak taula...tapi shopping rajin pulak..hehe

    Zaliedana said...

    Assalam kak,sy pon dah byk kali juga msk ayam nih,time daun kunyit tumbuh elok kat depan umah tuh,pasdah ubah letak pasu,adehhh dah mati lak..sy suka letak cili padi byk2,lagi pedas lagi best,tapi hb lsk xbspe mkn pedas.

    Kak Sam said...

    Izahh...
    biasa le tu, tapi sekali sekala ikut tekak kita apa salahnya kan.

    Kak Sam said...

    Ayu...
    mai le. kecik tapak tangan PISA akak tadahkan. hehehe

    Kak Sam said...

    Nieza...
    tang shopping tu akak suka. Terapi le katakan (ayat penyedap hati).

    Kak Sam said...

    Ct...
    Akak kalau nak daun kunyit kena beli kat kedai. Maklum le umah tak bertanah. Pastu cili api tu habuan hubby akak, kalau akak makan mau menitis air mata dibuatnya

    ♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

    Sedapnya ayam tu kak!!! :)

    nOOrsha said...

    sodapnye nmpak ayam sos siam tu..terliur!

    rahel said...

    memang nampak menyelerakan sangat..