MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, December 27, 2011

Gatal tangan...

Assalamualaikum.......
Ni lah hasil menggeledah dapur KAK NOR SG dan resepi ini telah telah berjaya direalisasikan tidak berapa lama dulu. Sebenarnya tujuan misi kali ini adalah untuk mencuba mangkuk serbaguna yang baru dibeli daripada rakan sepejabat. Ye la sejak berkawan dengan Geng Masak-Masak (macam ramai je) ni, pantang nampak peralatan dapur yang cantik2, mula le gatal tangan je dibuatnya. Weekend baru ni sempat pergi lepak-lepak kat kl dengan keluarga. Nasib baik bulan lepas dah tempah hotel awal2 kalau tak memang payah le nak dapat bilik dan harganya berganda. Percutian kali ini adalah atas permintaan alif masa mama tengah sibuk outstation bulan lepas. Sempat le kami berkunjung ke Menara KL sebab masa kat bilik hotel alif duk sibuk cakap nak naik menara yang tinggi yang jelas kelihatan dari dalam bilik yang kami diami. Itupun nasib baik kami pergi awal ke sana jadi takde masalah, semua berjalan lancar. Si Aqil pulak sibuk panggil monorail yang berhenti di Stesen Medan Tuanku suruh mai dekat dia, sampaikan hubby kata dia ini obses dengan keretapi. Sudahnya dapat le set keretapi kat dalam SOGO. Keluar je dari Menara KL kami terus menuju ke Muzium Negara tapi malangnya tersangat le ramai orang sampaikan tempat letak kereta pun takde. Terus tukar rancangan dan mulakan perjalanan ke Ikea di Damansara. Berkat kesabaran berbaris panjang untuk memasuki tempat letak kereta maka dapat le jamu mata sepuas2nya kat situ. Tengok dapur2 yang ada kat situ punya le cantik dan mula berangan nak buat untuk rumah kat Sg. Dua nanti. Hahaha seronok rupanya berangan ni. Bila turun kat Markethall punya le rambang mata, pantang nampak peralatan dapur yang menarik terus je masuk dalam beg kuning yang di bawa. Masa bayar sendiri mahu ingat le yea. Tak pe yang penting hati puas walau pun beg duit jadi nipis. Alamak terlebih sudah, ok le kita layan je kek yang tak berapa nak cantik ni memang tak sama dengan kek yang sifu masak. Tq kak, izinkan saya cnp kat sini yea.



RESEPI RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO
sumber: Kak Nor Secubit Garam dr rumah Ika

Bahan-bahan :-
  • 125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
  • 125 gm mentega
  • 125 gm gula kastor>>cuma 115g jer
  • 2 bj telur, dipukul ringan
  • 155 gm tepung naik sendiri
  • 80 ml susu cair [saya guna susu segar]>>yg ni pun kita guna fresh milk
  • 1/2 sdt esen vanila
Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.
  9. Nota :- Saya cairkan coklat guna kaedah mikrowave, sebab tu cepat. Ikut resepi asal ada toppingnya tapi saya tak minat nak bubuh sebab kek ini dengan sendirinya dah cukup sedap. Selamat mencuba!




    4 comments:

    rahel said...

    wah..Rahel pun pernah beberapa kali singgah kat IKEA Damansara tu..memang byk bikin rambang mata..dan sudahnya beli set cawan n set periuk jer bab tak tau dah nak pilih yg mana satu...

    Nampak senang dan mudah jer nak siapkan kek tu kan...

    Kak Sam said...

    Rahel...
    tak boleh selalu pegi ke sana bahaya.

    Anna Qawina said...

    gatal2 pun dapat makan kek kan? bak sini sket..hehe

    Kak Sam said...

    Ana...
    hehehe gatal ada faedah tak pe kan.