MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, December 7, 2011

Kisah Raja Buah

Assalamualaikum.....


Kali ini nak kongsi cerita pasal musim raja buah yang mana Kampung Gajah memang sinonim dengan buah durian, banyak kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Antara kampung-kampung yang amat popular dengan tanaman durian ialah Selat Pulau, Kepala Pulau, Pasir Salak dan Pulau Tiga. Jadi sebagai anak jati Kg Pasir Salak maka dapat le sama-sama merasai nikmat musim buah durian kali ini. 


Dibesarkan dalam kampung yang dikelilingi dusun buah-buahan memang banyak nostalgia dan pahit manis yang telah dirasai. Kalau dulu apabila musim buahan-buahan bermula maka suasana kampung akan berubah wajah sebanyak 360 darjah. Mana tidaknya kampung yang sunyi akan bertukar meriah dengan datangnya peraih2 dari luar membeli durian untuk dipasarkan. Anak-anak yang duduk di perantauan akan pulang ke kampung halaman untuk menikmati keenakan buah-buahan kampung bersama keluarga tercinta. Sesiapa sahaja akan merasa gembira pada musim tersebut kerana poket secara automatiknya akan menjadi kembung. 


Walaupun kedua orang tua saya tidak mempunyai dusun sendiri tapi telah diberi kepercayaan untuk menjaga 3-4 dusun durian yang mana tuannya tinggal jauh. Amanah ini dipegang secara turun temurun dan ianya dipanggil pawah. Melalui cara ini pemegang amanah/ penjaga akan menjaga dusun dan mengutip hasil yang ada. Setelah musim buah berakhir hasil jualan yang diperolehi akan dibahagi 2. Penjaga boleh menikmati durian seadanya dan kadang kala buah-buahan tersebut akan dihantar ke rumah pemilik dusun. Rasanya sekarang ni memang payah le nak jumpa perkara macam ni. Pada masa kaedah yang digunakan adalah pemilik memajakkan dusun kepada sesiapa yang berminat. Nilai pajakan akan ditentu berdasarkan kepada bilangan buah durian yang terdapat di atas pokok. Pemilik akan menerima bayaran bersih dan tidak berhak ke atas buah-buahan pada musim tersebut. Jika bernasib baik pemajak akan mendapat untung besar setelah habis musim dan kadang kala perkara sebaliknya boleh berlaku. Jika dulu perjalanan untuk mengutip buah durian amat siksa kerana pelbagi rintangan perlu ditempuhi tapi kini pemilik boleh ke dusun dengan menaiki kenderaan seperti motosikal, kereta dan lori. 


Kini kemeriahan musim buah-buahan di kg pasir salak tidak lagi seperti dulu kerana kebanyakan dusun durian telah diambil oleh Kerajaan untuk dibuat penempatan semula penduduk yang mana tanah mereka telah dibeli untuk membangunkan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Satu perkara yang amat saya suka sekarang ni di kiri dan kanan jalan menuju ke kampung ini dipenuhi pokok durian. Syukur alhamdulillah pada kali ini buah-buahan di dusun abang andak dan yob telah dapat dinikmati sepuas-puasnya oleh keluarga besar kami. Kat bawah ni senikata lagu yang biasa dinyanyikan dulu ketika menunggu durian luruh. 

Luruh le deroyan sebijik pun jadi,
Luruh buah luruh dauh,
Berbuah tiap tahun.



    8 comments:

    Zaliedana said...

    Untungnyer kak dapat merasai doyan dari dusun yg dipawah tu,dpt mkn puas2..Sy kalo nak mkn,mmg kena bli jerla kak,selalu bli yg doyan blk pulau tuh..Wah siap ada lagu lagi no nak tggu doyan luruh,hihi..

    sitiezahim said...

    Wang meleleh air liur saya kak sam...huhuhu

    tun_telani said...

    wahh.. banyaknyer duyan.. xsabar nk balik kampung.. harap2 byk la durian kt kebun kali nih.

    anymz said...

    pengsan tengok pic yang last sekali tu..kuning betul isi dia..

    Kak Sam said...

    CT...
    memang syukur sangat. Kali ni memang makan tak hengat punya le.

    Kak Sam said...

    Siti...
    hehehe maaf yea.

    Kak Sam said...

    Tun..
    InsyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana

    Kak Sam said...

    Kak Anymz..
    jgan tertipu erk. utk hiasan semata2