MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, December 7, 2011

Raja buah lagi

Assalamualaikum.....
N3 hari ini masih berkisar pasal buah durian lagi tapi takde le nak cerita panjang berjela-jela. Balik dari kampung hari tu sempat le usung buah durian ni sikit. Bila dah letak kat dapur rasa macam tak larat nak makan macam tu je dan entah macam mana tiba2 teringat kat Mas Duniaku yang pernah tayang durian goreng. Seumur hidup memang tak pernah masak durian macam tu. Apalagi terus geledah dapur dia tapi tak jumpa2, dia sorok kut. Terjah pulak kat dapur Cikgu Ina yang dah usang tu (bila le agaknya tuan dapur nak bersihkan? Rindu sangat kat sifu sorang ni), nasib baik jumpa dan terus buat. Ermmmm memang ada kelainan dan rasanya boleh tahan. Ok le CnP resepi kat sini sebab lain kali kalau nak buat tak payah le merayau2 dan geledah dapur orang. TQ... tq... tq kepada tuan empunya resepi.



RESEPI CEKODOK DURIAN @ DURIAN GORENG
Sumber : hanamemories@blogspot.com

Bahan-bahan
~ Isi durian secukupnya - tak perlu buang biji
~ *2 cawan tepung gandum
~ *2 sudu besar tepung jagung @ beras
~ *1 sudu besar gula
~ * sedikit garam
~ *2 cawan air - kurang lebih
~ *sedikit pewarna kuning


Cara-cara
  1. Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung jagung@beras, gula, garam, dan sedikit pewarna kuning. Gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. (adunan batter agak pekat)
  2. Masukkan durian dan gaul. Panaskan minyak secukupnya. Gunakan sudu dan goreng deep fry sebiji demi sebiji ke dalam kuali hingga keemasan/kekuningan,
  3. Angkat dan toskan. Sedia dihidang.



    8 comments:

    Diana @ Melley Mey said...

    uwaaaa... sedaaapnyaaa tgk durian goreng tu sam... akak skg nak makan pun x dapat.. doc x bg makan durin dulu.. huhuu..

    Kak Sam said...

    Diana...
    ikut nasihat doc tu. Nanti kalau dah sihat boleh makan puas2

    HomeKreation said...

    Salam KakSam,
    Belum pnh goreng durian... sedap ni bila Along bayangkan!

    Kak Sam said...

    Along...
    nanti try erk.

    Nieza said...

    perghh cucuq deriyan pulak akak tayang..sedapnya...tak pernah buat lagi.pos mai sini skit deriyan yg bykx2 tu kak..:)

    rahel said...

    Salam Kak Sam..
    dar jauh terhidu bau durian...rupa2nya kat sini ada cekodok durian..bagila Rahel seketul dua..boleh buat minum petang..

    Amie said...

    Assalam Kak Sam,
    tengok menu durian goreng terus terlupa cempedak goreng...kih kih kih

    sitiezahim said...

    sedapnye..macam cempedak pon ada kan kak..heheh