MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, December 12, 2011

Memang sesuai...

Assalamualaikum......
Alhamdulillah virus R perlahan-lahan sedang meresap dalam diri dan harap2 akan bertambah dari sehari ke sehari. Jumaat ni insyaallah PIL mai penang hantar alif balik. Dengar cerita alif sekarang ni semakin bulat. Hehehe jangan like father like son sudah. Malam ni sempat masak hati ayam untuk hubby kebetulan benda ni dah lama ada kat dalam esbok. Bukannya apa tak konfiden sangat nak masak hati ayam sebab kalau silap masak memang tak sedap jadinya. Masa tengok cerita Tentang Dhia petang tadi sempat le skodeng dapur sifu2 dan terbekenan kat resepi campak2 Kak Nor ku sayang yang baik hati ni. Harap2 Kak Nor cepat sembuh yea dan boleh terus berkongsi resepi yang mantap2. Ok le saya olah sikit sebab malas nak tumbuk lada hitam dan kebetulan cili kisar ada stok kat dalam peti ais. Disebabkan sekarang ni sedang bertekad untuk mengusir lemak2 dalam badan makanya kita ratah jea 2 ketul pastu makan jambu air bersama kuah rojak. Akhir kata terima kasih bebanyak yea Kak Nor, izinkan saya tempek kat sini.


RESEPI HATI AYAM MASAK BEREMPAH
Sumber: Kak Nor SG

Bahan2

6 - 8 ketul hati ayam

Bancuhkan dgn sedikit air panas utk dijadikan pes:
1 sudu besar rempah kari
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih

2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ~ tak letak
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap
1 bj bawang besar ~ hiris bulat
1 bj cili merah ~ hiris serong * kalau nak lebih pedas boleh guna cili api ~ tak letak
3 sudu makan cili kisar ~ saya tambah
sedikit garam, gula (jika suka)
air
minyak


Cara2
  1. Masukkan hati ayam, air dan sedikit garam ke dalam periuk dan rebus sekejap. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi dan masukkan bahan2 yg dijadikan pes.
  3. Goreng hingga pecah minyak. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air (boleh guna air rebusan hati ayam)
  4. Masukkan daun kari dan serbuk lada hitam.
  5. Kemudian masukkan masukkan sos tomato, kicap dan sedikit gula (rasa dulu sebelum masukkan garam sebab dah masukkan garam masa proses merebus hati ayam)
  6. Goreng sekejap dan masukkan lebihan air rebusan hati ayam td.
  7. Masak hingga sedikit pekat dan masukkan hati ayam dan goreng sekejap.
  8. Masukkan cili merah yg dipotong.
  9. Gaul sebati dan bolehlah dihidangkan panas2.
## sos tomato boleh diganti dgn air asam jawa atau perahan limau nipis.



    9 comments:

    Anna Qawina said...

    amboi..diet la tu...jeles tgk lauk...

    rahel said...

    waw...kegemaran my hubby...menyelerakan..

    Kak Sam said...

    Anna...
    hehehe sedang berusaha keras ni

    Kak Sam said...

    Rahel...
    sama le pulak

    Widi Dede said...

    duh sedapnya pasti yummy...

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    nOOrsha said...

    salam kak... sedapnye kak..... time kaseh kak sudi wish bday sy... :) mascarpone cheese tu boleh beli kat cold storage,..deret2 cream cheese jugak tempatnye.. dalam tupperware biasanya... tp klo x jumpe mascarpone, gune cream cheese 2-2 sekali tu pun ok je.. :)

    Mamasya said...

    Aslmkum Sam.
    nampak sedap Sam masak hati ayam ni...

    anymz said...

    jeles tgk lauk ko sam..lapar pulak masuk sini sbb hari ni akak masak cincai boncai je..huhu

    sitiezahim said...

    salam kak sam..saya copy tau resepi ni pasal selalu gak masak hati ayam hehehehe