MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, January 11, 2012

3 Hari 2 Malam

Assalamualaikum......
N3 kali ni bukan nak cerita pasal pakej penginapan atau percutian tetapi berkenaan siksanya membuat kek yang sedap ni. Bagi orang lain kacang je, tapi disebabkan kita ni belajar buat kek jika ada kelapangan makan satu hari satu step. Mula-mula tengahari ahad buat base pastu malam baru buat filling dan simpan kat dalam esbok. Isnin malam selasa baru buat topping dan sejukkan lagi. Balik kerja petang selasa baru dapat menikmati keenakannya. Seperti biasa mama dan aqil sahaja yang makan tak hengat, baba makan sesudu je dan alif langsung tak pandang. Pagi tadi bawa ke pejabat untuk dinikmati oleh rakan-rakan. Alhamdulillah semuanya memuji keenakan kek ini dan ada yang kata macam kek kat Secret Recipe. Seronok sangat sebab mula-mula tu was-was jugak takut ada yang tak kena. Allah Maha Kaya dengan hanya menjamu teman2 sebiji kek (tolak 2 slice) dibalas pula dengan makan tengahari yang amat banyak dan sedap. Begitulah kuasa-Nya, jika baik yang kita lakukan maka kebaikan juga yang akan kita perolehi. Oleh yang demikian janganlah berasa berat hati atau terlalu berkira dalam melakukan kebaikan, Allah Maha Mengetahui. Kepada AlongRoz yang berkongsi resepi ni terima kasih banyak2, rasanya ini bukan kali terakhir buat kek ini. Nanti kalau agak2 berat badan dah turun boleh buat lagi.


RESEPI BLUEBERRY CHEESECAKE (baked) 
Sumber: AlongRoz@myresipi

Bahan-bahan ( 23cm )
BASE:
  • 110g Butter - cairkan
  • 200g Biskut digestive - klu xde, apa2 biskut pun boleh
  • 50g Almond flakes - toast
FILLING:
  • 500g / 2 buku Cream cheese
  • 30g Butter
  • 120g Gula Kastor
  • 1 lemon - grate kulit & perah jus (optional, Along xletak sbb xsuka bau lemon)
  • 30g Tepung jagung - ayak
  • 200-300ml whipping cream (selalu nya Along guna 1 pket kecil, lain brand lain berat nya, tapi tak perlu accurate sgt)
  • 4 biji Telur - pukul sedikit
  • 150g Blueberry pie filling
TOPPING:
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling 


Cara-cara
  1. Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Chill sehingga di perlukan.
  2. Pukul cream cheese & butter sehingga smooth. Campurkan gula, parutan & jus lemon & tepung jagung. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan cream & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
  3. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan blueberri & tuangkan baki adunan.
  4. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam. (Along selalu nya malas nak "water bath", so bakar mcm tu je - lebih baik sbb nanti base tu lebih crispy)
  5. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan so that ia tak terkejut & merekah). Chill sekurang2 nya 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. Cheesecake tak boleh potong/makan waktu panas2, ok.
  6. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar. 





      17 comments:

      mokwo® said...

      mcm tuh lerr kekdahnyaa nak buat cis kek nih, sume kena slow nsteady. tapi berbaloilah buat dr beli. chomel sgt dah tuh kejadiannya!!

      Sofea said...

      wah Sam..cantiknya ciskek tuu..nak order bolehh:)

      Ezadlieza said...

      salam sam...wah lama tul tak main masak2 yer..sekali kluar menu...buat akak terliur semacam jer tgk cheese cake nih...belum pernah akak buat..ada lg ke?

      Nieza said...

      nampak kemas elok jer jadinya kak sam..sedapnya lama tak buat CC ni:)

      Kak Sam said...

      mokwo...
      memang berbaloi sangat rasanya. Tak pernah terfikir boleh buat kek yang macam gini.

      Kak Sam said...

      Kak Pia...
      Alamak tidakkkkkk, mesti nanti akak rasa menyesal.

      Kak Sam said...

      Lieza...
      Sori dah habis. Untuk diri sendiri pun lupa nak simpan.

      Kak Sam said...

      Nieza...
      tq. Buat le cepat pastu kurier kat akak 2 slices.

      nOOrsha said...

      SALAM K SAM..SEDAPNYE CISKEEEKKK..NAK JUGAK :) JOM TUKAR NGAN BEEF RICE BOWL..ACI DAK? :)

      rahel said...

      Kak Sam...leleh liur tengok BCC tu..ada lagi k? nak tumpang sekaki..hihi..

      Mas said...

      nakkkkkk ciskek.......
      cantikkkkkkk.............

      tun_telani said...

      hihihi.. mmg betul2 ingat nk gi holiday kat mana2 td.. tp plg cepat mmg semalaman pun kene simpan kan =) nmpk sedap tu.

      cik cek said...

      Kechur2 lak akak tengok ciskek ni...tu diaaa...punyala lama nak siapkan sebiji ciskek..tak kisahlah..janji sedap dimakan kan..puas hati...:)

      HomeKreation said...

      Aslmkm KakSam. Maceh sudi cuba respi Along tu ya. Mmg Along lah tu kat MyR tu tp dah lama tak aktif kat sana tu semenjak buat blog. Kalau nak tengok respi kat blog Along leh tengok kat sini ya:
      http://homekreation-recipes.blogspot.com/2012/01/black-cherry-cheesecake.html

      HomeKreation said...

      Oh ya, terlupa lak nak komen. Along tengok texture yg KakSam buat mmg cantik! Well done! Walau pun first time tapi cantik jer kejadian nya! Mmg rasa nya macam Secret Recipe tau!

      AZLITA AZIZ said...

      waaa... cantik lah kak sam memang tergoda melihatnya.. macam sekarang jugak nak buat rasanya..

      tak berlelip mata melihatnya

      CT Delima said...

      As'salam Kak Sam

      siapa yang nak menolak cheesecake ni, kalau bagi kat ct pun akan ct mintak lagi ditambah..hehehe

      Tadi masuk blog Puan Ros ada gak cheesecake memang rezeki nama nya ni kan.

      cantik nampak kemas jer kejadiannya. apa tak nya 3 hari 2 malam ya kak nak sedia kan..hehehe