MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, January 26, 2012

Bila dugaan datang melanda....

Assalamulaikum w.b.t.
"Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga" huhuhu macam sesuai je peribahasa ni dengan kejadian malam ni. Mana taknya badan tak larat, mood tak berapa nak betul tapi ada hati nak buat 2 jenis dessert. InsyaAllah esok pagi ada makan2 kat opis, masa mesyuarat hari tu usulkan agar diadakan kenduri kesyukuran di bahagian jalan pada setiap jumaat minggu terakhir bagi mengeratkan tali silaturahim antara rakan setugas dan semuanya setuju. Siang tadi terus terfikir masa ni le nak siapkan homework yang berlambak2 tu. Sambil menyelam sambil minum air le katakan, ye la boleh belajar sambil bersedekah. Lagi satu bila jamu orang hasil air tangan sendiri memang puas rasanya. Petang tadi sambil nak tunggu azan maghrib, sempat buat base untuk 1 menu dan usai berbuka dan solat terus ke dapur untuk sambung step seterusnya. Malang tidak berbau, rupanya 1 bahan out of stock punya le frust, macam mana le boleh terlepas pandang. Hubby ada le offer untuk pergi beli tapi tak sampai hati nak susahkan dia. Terus simpan bahan2 lain dalam esbok balik. Pastu pergi resepi yang kedua, semalam dah siapkan step yang pertama. Terus le buat step yang ke 2 sambil2 tu keluarkan adunan pertama dari dalam esbok dan untuk disatukan dengan adunan kedua. Punya le susah nak keluarkan daripada acuan sampai ada yang hancus. Huhuhu sedih sangat senbab tengok sifu2 dan kawan2 buat bukan main cantik berseri lagi. Tak pe le yang penting rasa dia kan? Bawa je la apa yang ada kalau dah payah sangat singgah je kat kedai kuih di sungai dua esok pagi. Ok le malas nak meluah rasa lagi, karang bertambah panas je rasanya. Demi untuk tidak mengecewakan anda yang sudi ke sini, mai saya jamu dengan pembuka selera yang amat saya gemari. Kalau terhidang je depan mata memang makan tak ingat le jawabnya. Biasanya kalau makan kat pasir salak tempoyak dicampur dengan cili padi /api yang telah ditumbuk. Manakala kalau makan kat teluk intan, rumah MIL cili ditumbuk bersama sedikit belacan dan digaul ke dalam tempoyak. Pada aku dua2nya memang mabeles. Sukatan bahan2 tu ikut tekak masing2 le yea.








    10 comments:

    myda_ahmad said...

    dulu2 mmg x suka mkn tempoyak..la nie dh boleh terima dh....

    izahdaut said...

    tu la kan kak sam, mood n hati kena ceria baru semua menjadi kan .. tak pe.. dont gibap.. try lagi sampai jadi .. colek sikit sambal temfoyak!!

    Kak Sam said...

    muda...
    dulu, kini dan selamanya. hehehe memang hantu tempoyak

    Kak Sam said...

    Izah..
    masa mood ceria takde orang nak makan, bila nak bagi orang makan mood pulak tak ceria.

    ady said...

    as-salam kak sam
    tak pernah mkn tempoyak..kat kota singa ni tak ada org jual tempoyak..nak jugak rasa...

    nOOrsha said...

    waahh sedapnye tempoyak! sy pun dulu xleh mkn...ngade2 je..hehe..skang ni telan je..sy pun klo tunbuk lada tu campo blacan sket n gaul ngan tempoyak :)

    CT Delima said...

    As'salam Sam

    dari dulu dok tengok jer sambal tempoyak ni. Walau pun sebilangan kakak2 kat rumah tu yang pernah makan. Tapi k.ct tak pernah secubit pun merasa, jadinya memang tak makanlah tempoyak ni Sam.

    ummiaisyah said...

    salam kenal sam..
    suka tempoyak ye..sy ni walopon perak pure..tp x brp reti mkn yg mentah..kalo dh dmsk mmg suka le..

    Seri Kandi Tanah Jauhar said...

    Salam, kak Sam. Prnah juga kena dugaan mcm tu, mmg frust gila, smbl tempoyak mmg ubatnya kannn

    Azlita Aziz said...

    Salam kak Sam..
    Mengancam sambal tempoyak tu..
    ita mmg tak pernah makan tempoyak mungkin sebab mak tak pernah masak maka kami adik beradik tak pernah merasa..
    nanti ita nak cuba jugak lah kan apalah rasanya sambal tempoyak ni.. mesti sedap sebab selalu disebut-sebut