MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, January 29, 2012

Jerawat ooo jerawat...

Assalamualaikum w.b.t.
Malam ni buat entry di depan tv, mata ngadap lappy telinga dengar alunan muzik yang dipertandingkan dalam AJL 26. Terimbau kembali kenangan semasa di kampus dulu, ye la kalau ada acara2 macam ni kebanyakan kami akan berkumpul beramai2 satu tempat untuk sama2 menyaksikan bakal juara yang akan diumukan. Dalam ramai2 ada le sorang teman, dia akan bangun dan pergi jauh2 sebelum Dato' Siti Nurhaliza buat persembahan. Katanya taknak tengok dan dengar., pelik sungguh. Ye la sekitar hujung tahun 90an Dato' Siti memang tengah sangattt popular tiap2 tahun mesti beliau ada dalam AJL. Ok le tunggu je la sapa juara malam ni.

Ihsan: Google
Sebenarnya malam ni takde mood nak citer pasal makan tapi nak cerita pasal masalah utama yang sedang dihadapi sekarang ni. Tak lain dan tak bukan JERAWAT, huhuhuhu memang stress betul dibuatnya bukan 1 tapi 3. Mula nampak bayang2 malam sabtu tu, terus sapu krim kunyit tapi malangnya sampai sekarang ni tak kecut2 pun. Sudahnya redha je la, esok pagi pergi le kerja dengan tambahan  3 mata di muka. Huahhh tidak tapi nak buat macam mana takkan nak ambik MC pulak, dah le kerja kat pejabat tu berlambak2. Saja CNP informasi dari wikipedia untuk bacaan bersama, kalau rasa nak tahu lebih banyak lagi boleh boleh ke sana tau search je kat google.

Jerawat merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)
Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita. Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan yang normal.


Nota: kalau ada petua yang mudah dan cepat untuk mengatasi masalah ini boleh le bagitau yea. TQ



    4 comments:

    Cheq Sue said...

    Ampunnnnn kak sam...terkejut sungguh dengan n3 ni... bila baca, eh sapu garam kunyit kat jerawat? terkejut sat... bila diulang-ulang... ooooooooooooooooooooooooo krim jerawat rupanya... haishhh

    Kak Sam said...

    Cheq Sue..
    Alamak kalau sapu garam kunyit mau berlopak mau muka kita nanti. Sebelum ni kalau sapu krim tu sat je dah kecut, kali ni pelik le macam tak lut je

    ibh_sue said...

    Sue pun ada sebijik ni kat pipi blh kanan. . Hadoiii geram jaaaa. . Smjk 2 menjak ni ja dia luar. Tak suka tau.

    CT Delima said...

    As'salam Sam

    k.ct ni nak bagi petua tak tahulah. Sebab dari dulu sampai ni tak pernah tumbuh jerawat. kalau bisul padi tu adalah sekali dua tapi kat tempat lainlah Sam..hihi

    Biasalah jerawat ni kadang2 tumbuh sebab cuaca dan stress jer selalu dia keluar ni Sam. kata orang kalau alah makan benda2 berminyak keluarlah jerawat tu.