MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, January 17, 2012

Mee dia sedap tapi....

Assalamualaikum w.b.t.
"Mee dia sedap tapi kuah dia pedas le mama", begitulah keluhan alif ketika menikmati makan malam tadi. Kesian dia dek kerana mama memikirkan selera baba semasa memasak dia menjadi mangsa. Tapi tu le dalam duk bercakap macam tu dia masih sempat menghirup kuah yang masih berbaki dalam mangkuk. Memang sesuai sangat nama yang diberi oleh Cik CT kita ni, tersangat le sedap mee udang ni. Lain kali kalau terasa nak makan mee udang tak perlu le ke Ayu Mee Udang. Dulu masa CT tayang memang dah teringin tapi asyik tertangguh je sehinggakan terlupa. Minggu lepas ada sorang sifu tayang kat dapur dia (maaf lupa le sapa), punya le terliur masa tu. Semalam hubby dah request nak makan benda berkuah tapi terpaksa ditangguhkan sebab nak habiskan stok roti terlebih dahulu. Alhamdulillah malam ni dapat siapkan homework ni dengan jayanya. Hubby makan punya le berselera hilang terus rasa penat malam ni. Mama pulak hancuss terus pantang larang, ye la kalau nak jaga badan mana boleh makan malam, kalau lapar pun makan buah je. Siang tadi sempat berkunjung ke Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang dan ada le 3-4 orang teman lama yang menegur "wei awat hang nampak makin slim ni?"  Huahhuahhuahhh suka..suka..suka... akan terus berusaha dengan lebih keras lagi ni. Ok le kepada sesiapa yang masih belum mencuba resepi ni baik pergi buat cepat2 memang sedap. CT izinkan akak CnP kat sini lain kali kalau nak buat tak payah le selongkar dapur orang lagi.


RESEPI MEE UDANG SEDAP
Sumber: CT Zaliedana

Bahan-bahan
  • Mee Kuning ~ 450 gram
  • Udang ikut suka byk mana pong,lagi banyak,lagi sedap
  • 1 ekor sotong di potong kecil ~ saya tak letak
  • 1 biji kentang yg kecil,digoreng @rebus hingga empuk
  • 2sdb cili kisar ~ lebihkan untuk rasa yang lebih pedas
  • 1@2ulas bawang putih dikisar
  • 4 ulas bawang merah dikisar
  • 2@3 ekor udang kecil di kisar halus
  • *1/2 sb udang kering dikisar halus
  • *Sos cili
  • *sos tomato
  • *Serbuk pati ayam
  • *1Sdb nampla@sos ikan
  • 1 Keping Tauhu yg di goreng ~ takde stok
  • Sawi n half biji tomato
  • *Gula,Garam secukupnya
  • Minyak utk menumis
  • Telur rebus,cili merah,limau kasturi,daun salad yg dihiris halus bawang goreng ~ tak letak semua.
  • Lobak merak ~ saja tambah 

Cara-cara:-
  1. Ubi kentang digoreng dikisar dengan sedikit air bersama udang kecik.
  2. Tumis bawang putih+merah hingga kuning dan masukan cili kisar dan dikacau sehingga garing.
  3. Masukkan kentang yg dikisar tadi dan boleh tambah air utk kuah yg lbh.Biarkan sebentar.
  4. Masukkan semua bhn yg bertanda* dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan udang n sotong. Apabila keduanya telah masak masukkan mee kuning, sawi n tomato.Tutup api.
  6. Boleh dihidang bersama tauhu, telur rebus, cili merah, limau kasturi, daun salad@daun bawang bawang goreng.
  7. Sedap di makan ketika panas2.
Nota: Saya tak masukkan mee terus dalam kuah sebab risau tak boleh habis malam ni. Mee dicelur seketika dan dimasukkan ke dalam pinggan ketika hendak dihidangkan. Kemudian tuangkan kuah. Perghhh MEMANG SEDAPPPP




    8 comments:

    HomeKreation said...

    Aduh, Along dok telan air liur jer ni....

    azieazah said...

    Wahhhhhhh slurppp! Mee Udangggg....!

    Zalieda Zaliedana said...

    Assalam kak,tima kasih sudi cuba resepi tuh,nnti kalo2 rajin sy update resepi yg latest sy wat,da add tomato sup kimball,carrot blend bagai..Harap resepi simple nih kena ngan selera akak n family..

    ibh_sue said...

    Nampak gamba pun dah tau sedap. Sue blum pernah buat guna resepi ni lg. Bleh try ni. . .

    Anonymous said...

    salam..selera tgk mee udang tuh..:)asyik terliuqq ja dr td...sah la nanti kena buat juga..

    CT Delima said...

    As'salam Sam

    Selamat pagi Sam...pagi2 ditayang mee udang ni baut perut semakin berlagu riang..hehehe

    apa taknya menu yang sedap digandingkan dengan hidangkan yang pasti berselera..siapa yang nak menolaknya kannnn!

    sesekali nak mencuba jugalah Sam, pasti seisi rmah mengemarinya..tr kasih Sa berkongsi resipi ini juga. Ct simpan dulu resipi, mintak halal ya Sam :)

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum sam...
    sukanya makan mee udang... akak mmg x jemu2 makan mee udang... tgk mee udang yg sam buat nie mmg terliur d buatnya...

    tun_telani said...

    memang bila tengok org makan berselera, hilang terus penat berperang kat dapur kan. suke!
    aishh.. makin selim melim.. ni yg tun jeles nih.. tun makin bam bam nih.. uhuk uhuk..