Assalamualaikum.....

Hari ini berkesempatan untuk pergi berubat berikutan kaki kanan semakin sakit kesan daripada jatuh terduduk pada sabtu lepas. Selepas kejadian tersebut tiada kesakitan dirasai tapi pagi ini kaki terasa amat sakit dan menyebabkan sukar untuk bergerak. Rakan sepejabat ada memaklumkan tempat utuk berurut bagi melegakan kesakitan. Tanpa berfikir panjang terus pergi untuk mendapatkan rawatan. Telahan saya makcik tersebut adalah merupakan tukang urut, rupanya bukan. Pelbagai perkara atau penyakit boleh dirujuk. Uniknya rawatan dilakukan adalah secara beramai-ramai yang mana apa yang dilakukan akan dapat disaksikan oleh semua yang hadir. Perkara yang paling menarik perhatian saya adalah terdapat ibu bapa yang datang memaklumkan bahawa anak mereka tidak mahu ke sekolah dan minta diubatkan. Lucu pun ada, sedih pun ada, bercampur baur perasaan saya apa bila memikirkannya. Entahlah adakah wajar cara ini digunakan? Tiadakah kaedah lain yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut? Takpe le setiap orang ada cara yang tersendiri. Apa yang penting sebagai manusia kita hendaklah berusaha dan berdoa kepadaNya. Ok le kepada semua pelajar Selamat Kembali Ke Sekolah dan belajarlah bersungguh-sungguh demi untuk masa depan dan jangan persiakan masa muda anda.
10 comments:
selamat kembali ke sekolah..wah bertambah bz la akak yer:)
Assalam , selamat kembali ke sekolah buat alif, bagus la dia ada kemajuan dlm pelajaran
Nieza...
kalau tak bz pun buat bz
Kak Rosa...
Alhamdulillah. Semoga pretasi yang ditunjukkan oleh alif dapat dikekalkan
alhamdulillah.. alif dpt masuk kelas pertama ye.. moga terus cemerlang =)
pelik je tun dgr rawatan tu.. jampi2 je? hehe
Selamat mentelaah ilmu!!!~ ^_^
aslmkum kak sam.. smga kaki kak sam cepat sembuh.. utk alif tahniah auntie ucapkan.. tentu dah dpt mkn KFC kan..
nasib baik mintak KFC je..hehe..kalau cam besday anak saya, mintak kek spongebob, fingsan sekejap emaknye ni hehehe
selamat menguruskan anak ke sekolah..
hahaha..terkejut mama ya..seb baik mintak kfc je..selamat memasuki darjah 2 alif..belajar rajin2 ya..:)
Post a Comment