Assalamualaikum....
Rasanya ini bukanlah masa yang sesuai untuk saya berkongsi rasa di sini tapi memang tak terdaya dah rasanya. Fikiran memang tak boleh nak fokus sepenuhnya pada kerja yang berada di depan mata tetapi sesuatu perlu dilakukan bagi mengelakkan diri dari terus memikirkan kejadian tengahari tadi. Kejadian yang benar2 memberi kesan yang mendalam dalam diri yang mana kenangan silam menjelma bersilih ganti. Nauzubillah bukan hendak menidakkan ketentuan Yang Maha Esa namun sebagai manusia yang lemah sedikit masa diperlukan untuk memulihkan keadaan. Semoga rasa fobia ini tidak akan berkekalan kerana hidup perlu diteruskan dan tugas serta tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Apa yang boleh dilakukan ketika ini adalah tanamkan dalam diri bahawa ini adalah ketentuanNya dalam menguji ketaqwaan setiap hamba yang dicintaiNya. Mengingati Allah S.W.T adalah sebaik-baik cara untuk memperolehi ketenangan.
7 comments:
salam kak sam - Lina doakan semoga puan beroleh ketenangan...serta diberi pertolongan olehNYA serta dipemudahkan dlm segala hal..Insya Allah. Al Fatihah...lina hadiahkan semoga beroleh ketenangan..Insya Allah.
semoga akak tabah dan sabar. banyak2 ingat n sebut nama Allah.
Assalam Kak Sam,
selagi kita bernama manusia, ada minda sedar & bawah sedar... selagi ada ingatan selagi itulah apa yang pernah kita lalui sesekali akan menjelma kembali....kecuali kalau kita hilang ingatan! Sabarlah kak!
salam kak.. walau apa yg akak lalui moga tabah dan sabar ye kak.. moga ketenangan sentiasa bersama2 akak...
insyaAllah kak.. semoga Allah mengurniakan akak ketabahan dan kesabaran dlm menhadapi ketentuanNya.
Sabar dan bertenanglah...Insyaallah semuga Sam tabah mengahadapi segalanya...
Terima kasih semua. InsyaAllah jika diizinkan olehNya esok pasti kembali kepada sedia kala
Post a Comment