MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, February 20, 2012

Cepat-cepat update

Assalamualaikum w.b.t.
Malam ni cepat-cepat update MyHomework sebab lepas berbuka tadi tak sabar nak kongsikan dessert yang best ni. Kepada pengunjung setia Secubit Garam mesti selalu nampak puding ni kat situ. Sebenarnya lama dah nak buat semenjak Kak Nor tayang istana idaman dia tu. Disebabkan kita ni takde mould istana jadi buat le dalam mould teddy bear yang cute ni. Suka sangat bila di makan bersama kuah kastard sejuk2 gitu. Sebenarnya puding ni dibuat semalam bertujuan untuk dijadikan pemanis mulut berbuka puasa hari ini. Dalam hati teringin jugak nak pose cantik2 tetapi disebabkan masa yang ada kurang dari sejam untuk membuat persiapan berbuka maka letak2 gitu pastu klik-klik 2-3 keping dan terus hidang. Tak pe le janji ada bahan bukti untuk ditunjuk pada sifu2. Kepada penggemar2 coklat cepat2 le buat puding ni.  Terima kasih pada kak nor, izinkan saya cnp di sini.


RESEPI RICH CHOC PUDDING
resipi : Jun Yummilicous
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 4 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar butter
  • 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
  • fruit cocktail secukupnya ~ tambahan
Bahan Kuah Kastard:
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 2 - 3 sudu besar gula

Cara:

Utk puding:
  1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
  2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
  3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
Kuah Kastard:
  1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak hingga mendidih sambil sentiasa mengacau.
  2. Padamkan api, biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais sehingga betul2 sejuk.
  3. Hidangkan puding bersama dgn fruit coktail dan kuah kastard.

** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.




    13 comments:

    mala said...

    puding ni mmg sedap. dah try sekali :-)
    http://alamroon.blogspot.com/2011/02/rich-choc-pudding.html

    tun_telani said...

    waa... omeynyer mould teddy bear! mmg pudding ni sgt terasa coklatnyer. sedap!!

    Ida,Japan said...

    la ehh...puding rupanya kak sam, ingatkn cakelat tadi...kawaii

    Kak Sam said...

    Mala...
    InsyaAllah nanti saya menyusul.

    Kak Sam said...

    Tun...
    akak pun suka tengok, cam sayang je nak makan tapi dah namanya orang berpuasa laju je la ngap

    Kak Sam said...

    Ida...
    hehehe jangan tertipu, memang sangat bercoklat puding ni

    Ayu Safieza @ Humaira' said...

    Kak Sam......

    waaaa marble stoberi xleh lawan ar puding choch akak ni...hmmm..terasa2 kat gigi je...he3....

    HomeKreation said...

    Salam KakSam. Puding ni memang sedap, Along dah buat byk kali.

    Anna said...

    Menariknya teddy bear Kak Sam tu.

    Ezadlieza said...

    nak teddyyyyyyyy satuuuuuu.... hukbukhuk ni anak2 mesti suka kan.. dah ler coklat pastu bentuk bear pulak tu...

    Chik Mimi said...

    comei teddy tu dok berpossing:)

    myda_ahmad said...

    anak2 mesti suka,memula tgk dulu ...jap gi terus ngap......

    ASMAH YUSOF said...

    askm k.sam...menariknye...mmg leh memikatkan hati anak2 asz nie...:))