Assalamualaikum w.b.t.
Pasti ramai GMM sedang sibuk menyediakan juadah minum petang untuk keluarga tercinta dan semestinya hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang akan dapat dirasai keenakannya. Kita pulak tak tahu nak hidangkan apa lagi sebab hari ni makan tengahari pun jam 2.30 petang. Mana taknya konon2nya nak bagi bebudak berdua ni mandi manda kat Taman Belia, sekali bila turun je dari kereta ada orang bagitau dua2 kolam ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Jadi jalan2 je kat taman tu, pastu pergi Chowrasta kononnya nak cari tudung sekali tengok kedai kakak yang biasa saya pergi tu tak buka lagi, pastu terus menuju ke Rope Walk, tengok tempat parking penuh sudahnya jalan2 kata tesco je la. Balik rumah terus kemas barang2 yang dibelikan dan siapkan makan tengahari dan cadangnya lepas tu terus nak mengadun roti sekali tengok tepung roti ada 150 g je. hahaha lupakan je le hasrat tu. Tak tahu le kenapa weekend kali ni semua serba tak kena dibuatnya mungkinkah disebabkan oleh rasa tidak puas hati pada petang jumaat lepas, hrrrrmmmm Allah S.W.T sahaja Yang Maha Mengetahui. Hasrat dihati nak buat sebiji lagi kek macam kat bawah ni untuk dibawa ke pejabat esok, tapi entah le masih berbelah bagi lagi takut tak menjadi. Entah le tengok macam mana kejap lagi.
Ok le berbalik pada menu untuk n3 kali ini saya kongsikan resepi cucur yang biasa2 je ni cuma kelainannya (pada saya le) adalah adunan disimpan seketika dalam peti ais. Bukannya apa hari tu masa sembang2 kat pejabat ada rakan yang memaklumkan petua ini. Oleh yang demikian saya cari kat dalam tenet dan nampak kat dapur quinnie. Bila dah siap memang betul, lembut sungguh cucur ini dan enak sekali dimakan bersama sos buatan sendiri. Lain kali kalau nak buat cucur memang akan guna kaedah ini. Terima kasih buat quinnie dan izinkan saya cnp kat sini.

RESEPI CUCUR KUCAI + TAUGE
Resepi : quinnie@qasehququinnie.blogspot.com Bahan2
Bahan2
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan sayur kucai - yg telah dipotong
- 6 cili kering
- 1/2 cawan ikan bilis
- 1 biji bawang besar - saiz sederhana
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 1/2 sudu teh baking powder - sudu rata ~ saya tak letak
- 1 cawan air
- 1 telor
- 1 genggam tauge ~ saya tambah
Cara2
- Masukkan air, telor, bawang besar, cili kering dan ikan bilis....
- Blend bahan tadi dan masukkan 1/2 cawan kucai dalam blender tadi dan blend sekejap...jgn hancurkan sayur kucai.... ~ saya tak blend kucai
- Masukkan tepung, garam, serbuk kunyit dan gaul rata...kemudian masukkan bahan2 blend tadi ...kacau2 rata dan masukkan lebihan sayur kucai + tauge, kacau2 rata dan masukkan dalam peti ais dalam 20-30 minit....biar dia peram kat dlm peti ais dulu....
- Panaskan minyak dan bolehla goreng cucur tadi...saya kalau nak dpt bentuk sekata...guna scoop aiskrim...guna sudu pun boleh...ikut suka...dah kuning boleh la angkat....potong2 kuih tadi dan bolehla curahkan kuah sos cili kat atas dia dan boleh la makan
Nota: 1) Saya memang suka cucur yang bertanduk2 macam kat atas ni. Rangup2 gitu.
2) Sos saya guna resepi yang ada kat SINI
14 comments:
assalam kak sam..uish petang2 ni ada cucuq lak..sedap tu layan ngan teh 'O'..tambah lak cicah home made lagi mabeles..
Salam ziarah...
Sedap makan cucur sayur cicah sos pedas. Tambah cuaca pulak mendung je kat luar ni.
dirumah acik memang semuanya peminat cucur..cuma acik tak boleh letak taugeh..nanti ada yang komplen..
sedapnye kan makan petang2..adeyy lapa la pulak
saya jugak penggemar cucur....
salam kenal sam..walaupun dah lama follow blog sam ni tapi saya tak pernah nak tinggal jejak..hehehe
saya pun suka resepi ni...memang saya guna pakai asas resepi ni utk buat cucur2 yg lain..hehehe
cucur kalau letak kucai dan taugeh sedap dan manis. tapi anak2 lak byk komplen nanti :-)
a'ah ramai yg cakap biarkan dulu dalam peti ais..cucur akan rasa kelazatan dan kelambutannya...
betul tu bila letak dalam peti ais cucur jadi lembut..mak saya pun buat mcm tu..
sedapnye mesti rangup2 kan...cicah sos wat minum petang2 he he
nampak rangup giler...tiba-tiba rasa nak buat gak petang nie..kalau nak cucur udang gemuk dan gebu macam jual kat tepi jalan tue..tambah 1 sudu kecil yis...
kak sam...nampak sedap cucur tu...akak ipar selalu buat cucur nie..saya blm pernah cuba lgi..nanti nak tryla..kak sam..nanti rajin2la jengah blog kita ye...
laparlah kak sam bila jengah dapur akak ni..
pulak bila dihidangkan makanan fav ita..
sedap makan cicah sos atau makan colek dengan sambal tumis..
adoii.. dah terliur lah pulak!
Post a Comment