MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, February 16, 2012

Cucur Udang

Assalamualaikum w.b.t..
Sambil2 nak menunggu masuknya waktu zohor buka kejap le myhomework sebab malam tadi tak sempat nak kemaskini. Biasa le bila dah sampai hari khamis jumaat ni ni memang tahap kerajinan tu semakin menurun dan terus menurun. Tambah2 sekarang ni alif dah kata dia nak bangun pukul 5 pagi, jadi kena le tidur awal sikit. Tak tahu le kenapa sekarang ni dia nak bangun seawal itu, mula2 hari isnin tu saje kejut dekat2 pukul 6 sebab tak lalu hati nak kejutkan awal2 sangat, punya le dia bad mood dan siap pesan "mama kena kejut pukul 5 pagi jugak". Alhamdulillah keesokkan harinya kejut sekali terus je dia bangun, nampak bebeno semangatnya. Huhuhu mama pulak yang tak larat. Ok le layan je menu minum petang weekend lepas. Ni semua gara Cik Puan Izah Daut yang telah memberikan homework yang mencabar ini. Patut le Che Mat Gebu siap bagi tips lagi kerana kalau silap gaya memang boleh melompat2 tukang masak kat dapur. Ok le azan pun dah berkumandang, terima kasih kepada CMG kerana telah berkongsi resepi ini dan izinkan saya cnp di sini.


RESEPI CUCUR UDANG TEMBAM
Sumber: Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
  • 1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
  • 1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
  • 5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca teh garam
  • 20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel
BAHAN SOS LADA :-)
  • 8 biji cili merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 camca teh garam 



    CARA MEMBUATNYA :-)
    Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.

    UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan

    UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!..



      11 comments:

      mala said...

      mengelembung elok nya cucoq udang kak sam!

      Amie said...

      He he he Kak Sam... cucurnya yang tembam ye...udangnya sama saja, tak berubah. Sedapnya cicah sos dia tu!

      cik cek said...

      Bak akak sikit aaa...leh buat minum2 ptg ni...:)

      rahel said...

      Kak Sam,Rahel ada bawa sos cili ni nak celup cucur udang tu...

      mama sara nur @ Cik Nor said...

      assalam k.Sam
      cantiknya cucur udang ni dan pastinye sedapkan, cicah sos uisshhh laju je sy makan ni..he he

      Azlita Aziz said...

      salam Kak Sam..

      Alahai .. sedapnya kalau dapat makan cucur udang ni petang2 sambil menghirup secawan kopi..

      ibundo said...

      hehe.. memang tembam sungguh. Seketul je dah kenyang ni..

      ijayuji said...

      Salam kak sam! sedap cucur udang! lama tak makan! nak mkn tp malas betul nak buatnyer hihihi....

      Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

      Akak suka cucur udang tembam2 macam suka makan dengan tahu goreng dan timun

      tun_telani said...

      salam kak sam ^^ tun pun dh buat nii.. tp tun x post sbb tun nyer jd serap minyak laa kak.. pastu air dia tun separuhkan sbb cair sgt. mmg serap minyak tahap tinggi, nk mkn pun rasa bersalah duk pikir kalori byk. kuciwa, kuciwa..

      mrs kayrul said...

      makan cucur udang tembam macam nie sebiji pun dah kenyang