MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, February 17, 2012

Lagi... lagi dan tak berhenti

Assalamualaikum w.b.t.
Bertemu lagi di hari jumaat yang indah ini, seperti biasa saya memang tak keluar pada waktu rehat sebab malas nak hidupkan enjin kereta. Lagipun cuaca sekarang ni panas sangat dan bahangnya amat terasa sekali. Kali ini saya nak kongsikan kek yang dibuat petang ahad lepas, maaf le kebanyakan entry sekarang ni memang memang homework yang tertangguh sahaja sebab masih belum dapat menguruskan masa sebaik2nya lagi. Kalau ikutkan hati memang nak kongsikan cerita/ makanan yang berasap lagi tapi memang tak terdaya. Tak pe le yang penting semua homework yang diberi oleh sifu2 dapat disiapkan dan dihantar dengan jayanya. Semalam suruh hubby beli telur (sampai 1 tray dibelinya, hambik ngko), cadangnya nak buat lagi untuk dijamu pada pagi ini bersempena majlis bacaan Yassin di pejabat. Tapi bila difikir2kan balik 1 biji memang tak cukup sebab anggaran kehadiran adalah 80 orang, nak buat lebih daripada tu memang tak larat. Takpe le insyaAllah lain kali. 

Kek yang ini saya masukkan coffee emulco dan perisa strawbery atas saranan rakan FB aka kawan di office lama. Cuma masa bahagikan adunan tu tak sama banyak jadi le kek seperti dibawa ini. Tapi memang sedap dan puas memakannya. Memang dah lama teringin nak makan, setiap kali anna tayang kat FB dia memang kecur dibuatnya. Pada saya kek ini memang sanggggat sedapppppppp. Sebagai langkah berjaga-jaga suhu oven saya tetapkan kepada 150'C dan saya bakar hampir 1 1/2 jam. Hehehe biar lambat asal selamat. Hasilnya memang mantap sekali. Kepada sesiapa yang masih belum mencuba sila2kanlah, memang takkan rugi punya.Terima kasih kepada penyumbang resepi Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi dan tak lupa juga kepada anna yang sentiasa menggoda saya di FB (kejam sungguh), moga bisnes kek anna akan terus sukses.


RESEPI KEK KARAMEL BY ANNA QAWINA
Sumber : Puan Munira, Puan Shasha Rahmat & Puan Sha Hafizi
Sumber: Anna Qaseh Azzahra

Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm

(A)-Gula Hangus
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
  • Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
(B) - Bahagian Atas
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 bj kuning telur
  • 2 biji telur (putih & kuning)
(C) - Lapisan Kek
  • 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
  • 70 gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135 ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder
  • 45 ml minyak msk
  • 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah) ~ saya tak letak
D) Merinque
  • 6 bj putih telur
  • 70 gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar


Cara-cara :
  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan.
  2. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye..
  3. Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
  4. Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
  5. Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
  7. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
  8. Masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
  9. Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
  10. Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
  11. Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
  12. Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
  13. Sedap dimakan sejuk.

Nota: 1) Saya letak Coffee Emulco dan Perasa Strawbery + Pewarna Merah
          2) Kalau nak senang faham step2 tu sila le ke http://annaqawina.blogspot.com



    8 comments:

    mala said...

    Cantik la..... Baru sekali saja try buat kek karamel ni tanpa belang2.

    Cheq Sue said...

    phewwww...dah lama x buat kek karael... masih terbayang sedapnya tu...

    Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

    Kak sam nampak sedap tu.kak ros pun tak pernah buat kek ni.mesti nak cuba ni.

    tun_telani said...

    rajinnyer kak sam.. tun dh wat sekali aritu, dh kira cukup syarat la. kui kui..

    Cekgu Maz said...

    salam...cantek dan sedapnyer kek tu kan...hehe lama xbuat utk makan2 sendiri...semalam buat kerana ade member tempah...bagus la rajin buat utk makan2... :)

    mama sara nur @ Cik Nor said...

    assalam k.Sam
    yummy ...memang sedap kek ni dan bila sekali makan nak lagi he he
    sweet belang2 nye 2 color

    rahel said...

    Kak Sam,nampak yummy sangat Kek Karamel ni..

    myda_ahmad said...

    first time makan kek karamel bila ada org kasi....lum pernah wt lg....