Assalamualaikum w.b.t
Rasanya makin lama makin tak sempat nak update Myhomework, ni pun curi2 masa nak ber'entry'. Lately ni badan cepat rasa letih, malam lepas masak dinner yang ringkas2 untuk 3 orang buah hati tu, terus rasa tak boleh nak buat apa sudahnya ambik bantal terus lena. Sebelum ni kalau belum pukul 11 tu macam2 boleh buat sempat juga le nak on lappy, sambil2 taip n3 sambil2 reply komen sambil2 BW. Wow banyaknya sambil2 hehehe. Ok le tak boleh nak menceceh panjang2 lepas sembahyang sat lagi nak siapkan dokumen sebutharga. Harap-harap lepas ni daya ketahanan badan akan kembali pulih seperti biasa. Sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-9 hari ni saya panjangkan lagi puding kasih bertaut yang pernah panas seblum ini. Semoga ikatan kasih sayang antara kami akan kekal bertaut selama2nya.
PUDING KASIH BERTAUT
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan A :
- 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
- 300 ml air
- 200 ml santan
- 1/2 cawan gula
- 1 biji telur
- 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)
- Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
- Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
- Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
- Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.
Yg berwarna pink k.nor letak paste strawberi
Yg berwarna oren, letak paste pandan
Yg purple, letak paste blueberi
Saya pulak:
Merah = strawberyPurple = bluebery
Hijau = pandan
Bahan-bahan B :
- 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
- 1 liter air
- 1/2 cawan gula pasir
- 100 gm gula Melaka atau nise
- 2 helai daun pandan (disimpulkan)
- Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.
- Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.
NOTA :
Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
12 comments:
kak sam....
sambil hulur tapeware kosong.........
akak kena amik supplement ni bagi badan cergas dan sihat. hehe
saya tak buat lagi agar2 ni. bila ek nak buat. cantik tu kak sam!
Mas...
mana ni tak nampak pun tappewarenya.
Izah...
hehehe kena tunggu sat, tengok dalam seminggu dua dulu.
Alamak akak ingatkan akak org yang paling lambat rupanya ada yng masih teringgal lagi. hahahaha
as-salam kak Sam
O my!!! too pretty to eat...
Cantik betul puding ni kak! Haishhhh besnya kalau leh capai :)
Happy anniversary kak sam n husband! moga jodoh sentiasa dirahmati, iA..
sedap puding ni, tun suka rasa yg dlm tu sbb ada rasa lemak santan.
Kak Sam...cantek la puding tu..gue suka banget...nak puding.
salam kak sam..sedapnye petang2 camni mkn puding! sedap puding kasih bertaut ni kasn kak.. cantik puding tu :)
Aslmkum Sam.puding yg cukup popular tp belum sempat singgah di dapur mamasya lagi...dok bertangguh.sedap mkn sejuk....
rajinnye kak sam...bertaut2 lg puding dia buat...ida tak terbuat2 lagi.
oloooooooooooo bila nak potong puding ni.....yum yum yum......
Post a Comment