MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, February 3, 2012

Layan anak tekak..

Assalamualaikum w.b.t
Sekarang ni anak tekak dah pandai demand nak makan macam-macam, jadi demi menjaga poket tuan empunya badan kena le masak sendiri. Hari tu tetiba je nak makan spaghetti tapi bila mengenangkan warga rumah ni yang kurenggg sikit dengan italian food ni makanya cari le resepi yang sesuai gitu. Seperti biasa selongkar dapur sifu2 dan teman dan semasa duk kat dapur Tun Telani terbaca komen Kak Asma di N3 yang INI. Apalagi terus terjah myresepi dan bila study balik rasanya macam pernah dibuat resepi ni. Hehehe baru teringat pasal resepi yang telah diderhaka oleh Cikgu Ina @ hanamemories. Terbayang akan keenakannya jadi terus keluarkan apa yang ada dan dapat le makan spagetthi ala2 melayu malam tu. Sebelum ke dapur sempat berkunjung ke Rumah Teres Kak Asma dan bila dah tengok terus klik follow. Rugi rasanya sebab baru sekarang jumpa satu lagi dapur yang boleh saya skodeng dan selongkar. Kepada Kak Asma terima kasih kerana sudi terima saya di FB, semoga ukhwah yang terjalin akan membawa kebaikan bersama.


RESEPI MEE TOMATO
Sumber: kaksma@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 1 paket spaghetti
  • 1/2 kilo daging
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang kecil
  • 4 biji bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 1 tin sedang tomato puri
  • sedikit sayur kobis(anggaran sendiri)
  • air,garam dan serbuk perasa
Bahan hiasan
  • 1 biji timun
  • daun sup
  • bawang goreng

Cara-cara
  1. Bersihkan daging,hiris halus kemudian rebus hingga empuk
  2. lada kering,bawang merah,bawang kecil dan bawang putih dikisar halus
  3. tomato dipotong dadu,kobis dihiris halus
  4. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan bahan kisar hingga naik minyak
  5. kemudian masukkan air,daging dan air rebusan daging tadi.biarkan mendidih.
  6. bila kuah mendidih,masukkan tomato puri,romato yang didadu,kobis.
  7. tambahkan garam dan serbuk perasa.
  8. biarkan kuah ini mendidih dengan agak pekat dan daging empuk.
  9. bila telah pekat boleh lah dimatikan api dan dihidangkan
  10. Klik untuk isi cara-cara di sini
  11. Untuk menghidang mee ini
  12. timun dibuang kulit,potong nipis keliling,dan dihiris halus bulat(spt dlm gambar)
  13. daun sup dihiris halus.
  14. Spaghetti direbus besama sedikit garam dan minyak masak.bila telah masak angkat dan toskan
  15. NOTA: mee ni memang menggunakan spaghetti,dan ikut seperti dalam gambar untuk menghidangkan nya.
  16. Selamat Mencuba




    10 comments:

    Mas said...

    kak sam..
    nak ngendeng makan sekali..he3

    tun_telani said...

    haa.. tun ingat komen kak asma tu.. tp sbb tun x makan daging, so tun x terbuat pulak..
    mmg kalau melayan anak tekak mcm2 nk makan.. hihi.. bila duk pikir jarum penimbang tu makin lama mkn ke kanan je, baru terbantut sket.

    Zalieda Zaliedana said...

    Kak Sam,kat umh sy lak mmg selalu wat spagheti nih,coz En zalie suka mkn,baru jerk wat mggu lpas n duk mkn berulang,hehe..

    Wanieyra said...

    Salam kak..

    Lama tak buat....

    Nuwairani said...

    tekak kite ni mcm italian sikit kalo bab mee spageti...memang kite lagi suke mee spageti drp mee kuning biasa tu...buat goreng pon sedap..

    Kak Sam said...

    Mas...
    mai..mai... jangan malu2

    Kak Sam said...

    Tun....
    Akak hari tu lepas balik dari kg bukan main lagi control, tapi la ni selera makan bertambah2 pelik betul. Rasa nak makan je.

    Kak Sam said...

    CT....
    En zul akak ni pulak tekak org melayu, payah sikit nak makan benda2 omputih ni. Kallau makan sekadar nak ambik hati bini dia je. hehehe sabo je la

    Kak Sam said...

    Wanie...
    kalau2 teringin nanti boleh le buat yea.

    Kak Sam said...

    nuwairani..
    belum pernah buat spsghetti goreng. one day nak try jugak le.