MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, February 11, 2012

Makan nasi minyak je

Assalamualaikum w.b.t
Entry kali ni bukan nak kongsi menu tengahari ni sebab hari ini makan nasi minyak di penaga dan permatang pauh. Uniknya kedua2 majlis meraikan 2 mempelai serentak, dalam keadaan sekarang memang sesuai le cara ini dipraktikkan sebabnya jika mengadakan majlis kenduri tak kira le besar ataupun kecil pasti memerlukan perbelanjaan yang besar berikutan harga barang yang semakin meningkat dari hari ke sehari. Apa yang penting tujuan majlis diadakan tercapai. 

Demi untuk tidak menghampakan pengunjung yang singgah, saya kongsikan menu asam pedas melaka yang saya buat beberapa hari lepas. Hari tu ada sorang staff bawa mai daun kesum punya le banyak jadi kita pun ambik le dalam secekak, kebetulan bunga kantan ada kat dalam peti ais. Bila masak lauk macam gini takde le susah sangat sebab all in one. hehehe kalau masak sayur lain pun belum tentu diorang makan jadi tak payah le menyusahkan diri sendiri. Pada aku memang sedap le jika dibandingkan dengan asam pedas biasa tu tapi hubby kat kurang kick, tak tahu le kat mana silapnya. Ok le layan je resepi juns11 yang saya ambik kat MyResipi.


RESEPI ASAM PEDAS MELAKA
Sumber: junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 family... )
3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh) ~ saya guna ikan pari
Bahan kisar:-
@ 3 biji bawang merah
@ 10biji cili kering
@ 1/2 in halia
@ 1 sudu teh jintan manis
@ 1 sudu teh jintan putih
@ 1/4 sudu teh lada hitam
@ 1/2 in kunyit hidup
@ 2 ulas bawang putih
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka 
Bahan tumis:-
@ 1/2 bawang besar-hiris
@ 1/4 sudu teh biji sawi ~ saya tak letak
@ 1/4 sudu teh halba
@ 2 tangkai daun kari



Cara-cara
  1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  2. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  3. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.




    3 comments:

    ibh said...

    Sedap tu kak asam pedas. Sue suka ratah mcm tu saja. . Sedap.

    Diana @ Melley Mey said...

    memang sedap asam pedas nie.. dah banyak kali akak buat ikut resipi nie.. mmg best kan sam..

    sstandsforsuraya said...

    sedapnya asam pedas... rindu nk makan mak masak.... akq... di tag utk join contest... harap join yea... thankz kaq!~