MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, February 9, 2012

Sangat cerewet

Assalamualaikum w.b.t.
Malam ni takde idea nak cerita topik apa jadi layan je menu yang dibuat atas permintaan alif. Anak yang sorang ni memang cerewet pasal makan, kalau dia request nak makan apa2 kena buat cepat2 sebab kalau tak diikutkan sanggup dia tak makan. Hrrmmmm layan je la. Bukan salah dia pun sebab dia membesar dalam keadaan mama yang sibuk bekerja dan belajar jadi makan minum memang tak terjaga dan dapur rumah jarang2 berasap. Nasib baik mama cepat tersedar dan ianya tidak akan berulang lagi.


RESEPI TELUR BUNGKUS
Sumber: Chef Hanieliza FP

Bahan-Bahan:
  • 5 biji telur
Bahan Inti
  • 100gm isi ayam @ daging [dicincang]
  • 1 ulas bawang putih [mayang]
  • 1 ulas bawang besar [mayang]
  • 1 biji tomato [ dadu]
  • 1 camb kacang peas ~ ganti dengan carrot dipotong dadu
  • 3 camb cili sos
  • 2 camb sas tomato
  • 1 camb sos tiram
  • garam secukup rasa
  • daun sup [dipotong 1 inci ]
  • minyak


Cara:
  1. Telur dipukul dan digoreng dadar. Ketepikan. 
  2. Tumis bawang putih sehingga kekuningan kemudian masukkan isi ayam @ daging. 
  3. Setelah masak masukkan sos cili, sos tomato,sos tiram, garam,bawang besar sehingga bawang layu. 
  4. Masukkan tomato dan kacang peas , masak sebentar kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar.
  5. Letakkan daun sup dan bungkus telur berbentuk empatsegi. 
  6. Hidangkan semasa panas dengan nasi dan tomyam campur.




    11 comments:

    cik cek said...

    Anak punya pasal...mama dia sanggup berkorban apa saja.,..he he..kena buat telur bungkus malam ni ya Sam...takpe2 asalkan anak makan ok je kan...:)

    CT Delima said...

    As'salam Sam

    fav anak2 bujang k.ct ni. Tapi tak dan nak buat sendiri Sam. kalau makan kat luar tu, menu yang rajin sangat keluar dari mulut anak2 nasi pataya..yalah balut telurkan luar tu..hehehe

    untuk anak berkorban apa saja. harap anak akan ingat jasa kita ya Sam :)

    Yatie said...

    Assalamualaikum Kak Sam,
    menyelerakan sungguh telur bungkus tu, yatie pun tak pernah buat sendiri...tngk bahan2 mudah je..leh cubalah lenkali..tq..

    Kak Sam said...

    Cik Cek...
    Betul tu demi anak2, mama sanggup masak apa saja. hehehe macam padai bebno.

    Kak Sam said...

    Kak Ct..
    Dulu kalau makan kat luar memang order menu ni. Tapi la ni jarang ke kedai makan jadinya kalau teringin kena buat sendiri le.

    Kak Sam said...

    Kak Yatie,
    kalau akak buat mesti cantik punya

    nOOrsha said...

    nyumnyum..sedpnye telo bungkus lawan ngan tomyam:)

    ijayuji said...

    Salam kak sam! telo bungkus sedapnyer! dulu2 masa dating dgn pakwe (hb skrg) ada satu restoren yg selalu kita org pergi, kalau ke situ mesti order telor bungkus, sedap betul telo bungkus dia, kalau buat selalu rasanyer lain hihihi...

    mama sara nur @ Cik Nor said...

    assalam kak Sam
    samalah anak2 kita pasal makan memang gitulah cerewet...pening kepala kadang2 fikirkan apa nak makan. bila dia minta tu kenalh buat segera kan..
    anak sulong sy lglah tak makan nasi langsung aduhai...menu dia pelik2
    he he

    anumuchan said...

    sedapnye.tiba2 rasa lapar.huhu

    Totie@Tomy said...

    lama betul tak makan ni..last makan masa mengandung 4 bulan dulu..