MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, February 5, 2012

Soalan susah jawapan senang

Assalamualaikum w.b.t.
Mentang2 cuti panjang pantang ada masa terluang mesti nak on lappy, sambil2 update MyHomework sambil buat renovasi, teringin gak nak kasi cantik tak pun sedap mata kita memandang. Kalau pengunjung yang datang suka alhamdulillah tapi kalau sebaliknya saya tak kisah sebab cantik itu kan subjektif. Ok le berbalik pada tajuk kat atas ni, tadi masa kita duk bersilat kat dapur masak asam pedas alif buat latihan matematik. Seperti biasa jika tak paham dia akan tanya pada mama atau baba yang sedang melipat kain. Tiba2 dengar dia kata "baba yang ni soalan susah jawapan senang, abang tak tahu le". Kita yang kat dapur ni rasa cam nak guling2 gelak, begitu le ragam anak2. Untuk entry kali ni saya nak kongsikan resepi cheesecake dari dapur Secubit Garam yang telah saya cuba beberapa hari lepas. Pada mulanya buat kek ini untuk dibawa ke pejabat sempena majlis makan2 jumaat 2 minggu lepas. Malam khamis dah buat base dan simpan dalam peti ais sebab balik kerja petang khamis dah boleh buat adunan cheesenya. Bila masa yang ditunggu sudah tiba tengok2 yogurt out of stock. Huahhhhh nak nangis rasanya, hubby offer nak pi beli tapi tak sampai hati nak susahkan dia. Jadi tukar ke plan B, buat kek coklat segera je. Mula tu was2 jugak nak teruskan projek buat cheesecake ni sebab kalau base tu dah tak ok rugi plak creamcheese yang akan digunakan. Tapi tawakal je la, hari sabtu beli yogurt petang ahad terus buat. Alhamdulillah usaha tidak sia2 sebab bila bawa je pergi opis kawan2 kata sedap siap tanya belajar buat dari mana. Bila kata ambil resepi dari internet depa macam tak percaya. Tapi itulah hakikatnya saya kini sedang belajar memasak melalui alam siber sahaja. Terima kasih kepada semua sifu2 dan teman2 kerana tidak pernah lokek berkongsi ilmu di alam maya tanpa mengharapkan pulangan. Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian. Kak Nor izinkan saya cnp di sini demi untuk memanjangkan lagi perkongsian ini.


RESEPI CHOCOLATE & CAPPUCCINO CHEESECAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(saiz loyang springform 23cm/9in)

Bahan:

A:
200gm biskut marie ~ perisa kopi/coklat
120gm butter ~ cairkan

B:
30gm gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
200ml air panas

C:
500gm cream cheese ~ boleh guna philadelphia atau tatura
250gm gula castor
200ml whipping cream
200ml plain yogurt
1 sudu kecil cappuccino emulco
1 sudu kecil chocolate emulco


Cara:

A:
Hancurkan biskut dan gaul dgn butter cair hingga sebati (lebih mudah jika guna food processor).
Masukkan ke dalam loyang yg dah dialas dgn kertas alas/baking - bahagian bawah sahaja (kalau tak mau alas pun tak per) dan ratakan. Tekan2 sedikit supaya padat.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia mengeras (lebih kurang 1/2 jam)
Sementara itu boleh sediakan bahan2 cheese.

B:
Masukkan gelatin kedalam air panas dan kacau hingga sebati.
Biarkan ia mengembang. Ketepikan.

C:
Pukul whipping cream hingga pekat dan kembang (jgn terlebih pukul nanti ia akan mencair balik)
Ketepikan.
Kemudian pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang/smooth.
Masukkan yogurt dan adunan gelatin.
Kacau hingga sebati dan masukkan whipping cream tadi.
Kacau dengan spatula hingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan kacau.
Satu bahagian lagi dimasukkan cappuccino emulco. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan coklat kedalam layang springform tadi dan rata bahagian atasnya.
Masukkan kedalam freezer selama 2 3 minit supaya bahagian atasnya cepat mengeras.
Keluarkan dan tuangkan adunan cappuccino keatasnya dan ratakan.
Titikan sedikit cappuccino emulco keatasnya dan buatlah corak marble.
Masukkan kembali kedalam peti ais (bukan bahagian freezer ya) dan biarkan ia selama 3 - 4 jam.
Kemudian bolehlah dihidangkan.

* cappucinno dan chocolate emulco boleh dibeli di kedai bahan2 baking ...

Nota: 
1. Perasa coklat tapi kaler pink, hehehe kelakar je.
2. Kalau buat kek macam gini memang untuk dibawa ke ofis sebab warga rumah ni tak berapa suka makan cheesecake.



    9 comments:

    mama sara nur @ Cik Nor said...

    Salam Maulidur Rasul K.Sam

    lawa je jadi kek ni,nak sikit cheese cake tu he he feveret sy tp kan takleh makan byk2 nanti naik berkilo-kilo he he

    Aine Ainun said...

    Salam Maulidur rasulll=)

    saya x penah lagi buat kek Cheese begitu=))

    Boelh share resepi ni=)

    Kak Sam said...

    mama sara nur...
    Kita pun suka tapi kena kawal jadinya itu yang bawa pi opis boleh berbahagi lemak .hehehe

    Kak Sam said...

    Aine...
    Boleh le cuba, saya hanya memanjangkan resepi yang kak nor ganu kongsikan

    Unknown said...

    Salam maulidurrasul kak sam, t.kasih sudi singgah blog akk yg buruk tu. Akk baru lps buat mknn yg berasaskan cheese. Sdp mmg sdp tp menanggong berat bdn yg x sanggup ni. Akk pun belajar dr kwn2 blogger je...

    Kak Sam said...

    zana...
    kena cekalkan hati le jawabnya. hehehe dapat merasa sepotong pun dah puas

    Unknown said...

    sedapnya!! lama dah tk buat CC ni.tgh mendietkan diri ni ..sabar jerla tgk CC kak sam ni:)

    Unknown said...

    Cantiknya kejadiannya kak sam.,;))

    rahel said...

    Kak Sam,memang cantek betul kejadian kek ni..suka tengok..tapi lai suka klu dapat makan kek tu..hehe..