MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, February 6, 2012

Ringkas tapi mendalam

Assalamualaikum w.b.t
Sebelum nak mulakan operasi di dapur untuk makan tengahari sempat on lappy sekejap. Lepas ni mesti tak sempat dah, alif dah kata petang ni dia nak mandi kolam jadi mama kena temankan. Huhuhu rela dalam terpaksa. Malam tadi pasti ramai yang menonton Telefilem di TV3: Runtuhnya Sebuah Dosa. Masa tengok prebiu memang dah set nak duduk depan tv masa tu sebab adanya Remy Ishak & Tiz Zaqyah lagipun cerita garapan Erma Fatima mesti tidak akan mengecewakan. Habis je citer tu dapat disimpulkan bahawa jalan cerita yang ringkas namun mempunyai mesej yang sangat mendalam. Antara banyak2 mesej yang saya fikirkan cuma satu yang saya nak kongsikan di sini iaitu walau sebanyak mana sekalipun harta dunia yang kita ada, hanya doa anak yang soleh akan dapat membantu kita di sana kelak. En. Ben pun ada buat entry pasal telefilem ni, pada saya tulisan yang ringkas tapi amat bernas. Jadi fikir-fikirkanlah.
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; 
Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh yang mendoakan keatasnya” 
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari]

Berbalik kepada pasal makanan, saya nak kongsikan mee sup daging yang saya buat minggu lepas. Kat rumah ni memang suka mee yang berkuah tu yang saya suka explore resepi2 yang sebegini. Hubby kata ala-ala bakso gitu. Ok le kalau teringin nak rasa sila-silakanlah.


RESEPI MEE SUP DAGING
Sumber: Mrs_adrian@myresipi.com 

Bahan-bahan ( 1-2 org makan )
  • Mee 500gram
  • Bawang Merah (1 biji). Dihiris-hiris
  • Bawang putih (1-2 ulas) bergatung pd saiz. Pun dihiris2
  • cili padi (2-3 biji). ikut la kalau nak pedas, tambah lagi. Di potong dua
  • Daging lembu 250gram (agak2 la). Di potong nipis2.
  • sayur sawi (1 bunch kecik). Dipotong2
  • Tomato (1 biji) . Di belah 4.
  • 1 sd besar lada hitam. Di tumbuk halus 
  • 2 sb rempah sup ~ saya tambah
  • Minyak untuk menumis, air dan garam


Cara-cara
  1. Panas minyak. Tumis bawang merah dulu. Agak2 dah naik bau. masukkan bwg putih dan cili api. Kacau 1-2 minit.
  2. Masukkan daging dan kacau. Lebih kurang 3 minit masukkan lada hitam. Pastikan bubuh sikit air kat lada hitam yang ditumbuk. Kacau hingga sebati. Biarkan 2 minit then masukkan air 2 cawan.Biar die mendidih
  3. Selepas mendidih,masukkan sedikit garam.masukkan sayur sawi dan kacau. Agak2 dalam 2 minit, masukkan mee dan kacau
  4. Masukkan tomato dan pecahkan telur. tutup seketika. Tutup api dan hidang .....



    5 comments:

    rahel said...

    Kak Sam...gue mau mee sup daging satu mangkuk...kasi bnyk2 kuahnya..ek.

    nOOrsha said...

    sedapnye mee sup daging ni kak..x cukup semngkuk ni :)

    dZana said...

    ringkas... n sedap.. klau masak camni saya pun suke guna daging..

    Kalamhati said...

    ringkas tp nampak sedap sgt!huhu

    Cikrosecute said...

    datang follow sini...header cantik..