MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, April 15, 2012

Mushroom Soup n Rice Bread

Assalamualaikum w.b.t..
Bersiaran lagi di petang minggu yang redup2 ni. Sementara menunggu kek dalam oven tu masak sempat le on lappy sat, membersih habuk2 yang dah hinggap kat MyHomework ni. Kesempatan ini digunakan untuk panjangkan resepi minami133 yang dicuba pada cuti umum baru ni. Pasti semua masih ingat petang 11 April 2012 sekali lagi gempa bumi melanda bumi acheh. Gegaran turut dirasai oleh orang2 penang, kedah , langkawi dll. Ketika waktu tu saya sedang berada didapur mengacau sup yang sedap ini. Ingatkan kepala saya yang pening sebab hubby kata dia tak rasa apa2 pun. Sekali bila tengok kat bawah ramai yang dah berkumpul. Syukur pada Allah s.w.t kerana tiada sebarang kejadian buruk yang berlaku.

Berbalik pada kisah sup cendawan ni, alif adalah antara penggemar sup yang popular kat pizza ni. Kalau belikan sup segera dalam tin atau paket tu mesti dia tak makan. Bila tengok kat laporan ramai yang mengatakan bahawa resepi tersebut kalah sup pizza makanya saya pun mencuba. Memang tidak syak lagi, sup ni memang sedap dan lagi best boleh diolah ikut citarasa sendiri. Ok le saya cnp kat sini untuk rujukan dimasa depan. Sup ini dimakan bersama roti nasi yang diambil resepinya dari jintanmanis.com. Ramai dah yang dibuat roti ni, kalau nak cuba sila le ke sana yea. Maaf tak dapat panjang kat sini sebab masa terlalu terhad. 


RESEPI MUSHROOM SOUP
Sumber: minami133@myresepi

Bahan-bahan ( 6 org )
  • 1 keping dada ayam
  • 1500 ml air
  • 500 ml susu segar(susu kotak)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
  • garam
  • secubit ajinomoto
  • 1 cawan tepung gandum


Cara-cara
  1. Potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
  2. Masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
  3. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.



    9 comments:

    Amie said...

    Assalamualaikum Kak Sam,
    anak-anak saya pun suk sangat mushroom soup, tak kiralah yang kat pizza atau yang lain-lain... habis licin dikerjakan, tak dijilat mangkuk tu aje... he he heh

    Zaliedana said...

    Assalam kak,owh nih la sup yg akak tgh wat time gegaq ritu eks,hehe,sekbek xde papa kan kak,syukur alhamdulillah..Sy pernah wat gak sup guna resepi amk kat blog tun,mmg sedap sgt,nti leh try yg ni lak,ermmm tapi bila tah la rajin tuh..

    tun_telani said...

    assalamualaikum kak sam ^^
    tun pun sgt2 suka resepi mushroom soup nih. simple dan sedap. kalau sapu garlic spread kt roti tu, pastu bakar, kompom lagi laju tun makan.

    KakAsma said...

    Sam,
    akak pun suka makan sup nie kalau gi pizzahut..beli yang readymade pun sama jea lebihkurang,tapi buat sendiri boleh buat bebanyak kan..makan cicah roti halia garing sedapnyer...

    Balqis Nazid said...

    Salam...ada lagi tak balQIs datang nak supper he..he...

    sitiezahim said...

    mushroom soup kalau budak2 mmg licin..mak bapak telan air liur je la heheheh

    Alin Marlini said...

    kalau demam2 sedap nih..

    Naz / Nadz COSK said...

    Assallamualaikum Kak Sam..

    Kak, ishh..sup ni mmg kegemaran ni kak. Anak Naz yg sulung pun, kalau dapat sup ni..bertambah2 dia makan..

    Kak, tq..siap jawab soalan Naz kat blog naz balik..hehehe.. Bagusnya rutin pejabat akak..

    sitiezahim said...

    salam kak sam..ramai kan yg dah cuba mushroom soup ni..saya jek ketinggalan flight hehehhe