Saturday, April 21, 2012

Kek Chiffon Pandan & Tahniah Kak Azlita

Assalamualaikum w.b.t.....
Syukur pada-Nya kerana masih berpeluang melawat MH di hujung minggu. Rasanya beban kerja makin melampau-lampau sekarang ni, memang dah tak terdaya rasanya. Tapi apa nak dikata demi kerana tanggungjawab yang diamanahkan semuanya harus dilalui dengan sebaik mungkin. Cuma satu yang diharapkan semoga segala yang dilakukan akan diterima sebagai ibadah oleh Allah SWT, sebagai  bekalan di sana kelak. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Dalam minggu ni sahaja dua berita kematian yang mengejutkan diterima. Pertama, pada malam khamis lepas menerima perkhabaran seorang kakitangan pejabat operasi meninggal dunia selepas bermain bola sepak. Berkesempatan menzirahi jenazah dan sayu rasanya bila memandang wajah si kecil yang berumur 5 tahun kehilangan abah tercinta. Pagi tadi pula sms daripada seorang kenalan menyatakan seorang insan yang selalui ditemui dalam mesyuarat meninggal dunia akibat serangan jantung. Kali terakhir jumpa masa mesyuarat hujung bulan lepas. Subhanallah Maha Suci Allah.

Bila ajal datang menjemput tidak dapat kita menghalangnya kerana ajal maut adalah hak Yang Maha Esa. Ok la kali ni saya nak kongsikan resepi yang baru pertama kali buat sendiri. Walaupun hasilnya kurang memuaskan tapi tetap juga nak simpan kat sini sebab lain kali kalau nak buat tahu nak cari kat mana. Dulu masa belajar memang selalu makan kek ni sebab harganya murah, beli 1 boleh makan 2-3 hari. Huhuhu memang sedih. Masa Kak Nor tayang Kek Chiffon Strawbery hari tu memang teringin sangat nak cuba. Acuan untuk kek chiffon yang biasa tu takde, cumanya ada SC yang berlubang kat tengah. Dengan keterangan yang panjang lebar dari kak nor kat fb makanya saya pun teruskan juga hajat di hati. Walaupun rupanya agak kurang memuaskan tapi rasanya tetap sedap. Cuma lain kali kena kurangkan gula.


RESEPI KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Irene Chia
Copy From: Hanamemories

Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
  • 150gm tepung kek
  • 1 camca teh baking powder 
Bahan B
  • 4 biji kuning telur saiz A
  • 70gm gula castor - len kali kurangkan 1/2
  • 1/4 camca teh garam halus 
Bahan C
  • 85ml corn oil, Rinn guna canola oil
  • 115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air- hana cume air+pandan paste je dan tmbh santan sket

Bahan D
  • 4 biji putih telur saiz A
  • 70gm gula castor -  len kali kurangkan 1/2
  • 1/2 camca teh cream of tartar 

Cara-cara
  1. Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.Dapatkan 115ml jus pandan.Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk.
  2. Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan canola oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar sehingga rata.
  3. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
  5. Bahan D - Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
  6. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
  7. Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
  8. Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
  9. Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.
  10. Sebelum keluarkan dr oven, cucuk dahulu kek agar benar2 masak. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. Potong menggunakan pisau berjeriji agar kek kelihatan cantik.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
 Opppppssss dikesempatan ini juga saya nak ucapkan tahniah pada Kak Azlita Masam Manis sempena kemunculan beliau dalam majalah SAJI bulan Mei 2012. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan senaskah petang tadi.  Kepada sesiapa yang masih belum mengetahui kisah ini sila berkunjung ke http://fromintankitchen.blogspot.com

~gambar ni ambil dari blog kak azlita~


7 comments:

myda_ahmad said...

dh lama kepingin nk mkn kek chiffon nie...tp x terbuat2 gak!......

AZLITA AZIZ said...

Salam Kak Sam..

Terlebih nak ucapan terima kasih atas ucapan itu.. terharu akak..

Kek chiffon pandan fav akak.. pada akak ianya nampak sempurna sekali..
Kalau dapat kat akak sekejap aje dah selesai ni.. hihi

Nuwairani Ismail said...

teringinnya nak buat chiffon...nantilah kalau ada kesempatan, nk jugak buat ni...

Gee® said...

salam ziarah... sedapnya kek cipon tu..

zila 4ever said...

salam ziarah dan salam kenal jumpa link blog nie kt dapur izah..byk masakn menarik upanya..sy follow yer..:)

ady said...

as-salam kak sam
kek chiffon tu npk gebu dan lembut..suka dgn chiffon kek pandan..

Amie said...

Assalamualaikum Kak Sam,
kek chiffon pandan memang sedap, tak jemu makan.