MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, May 11, 2012

Ayam Goreng Berempah MC

Assalamualaikum w.b.t.
Bersua kembali setelah sekian lama tidak bersiaran. Sekarang ni sibuk sungguh dengan kerja-kerja harian. Banyak sungguh dugaan yang diturunkan oleh-Nya. Alhamdulillah kerana dikurniakan kekuatan dan semangat yang luar biasa untuk terus menghadapinya. Semoga dugaan demi dugaan ini akan dapat mendekatkan lagi diri kepada-Nya. 

Terlalu banyak impian yang diimpikan. Kadangkala terasa hasrat hati memakan diri sendiri. Bukan mudah untuk membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Kadang kala rasa sedih bertamu dihati melihatkan sikap2 manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa. Rezeki dipinta namun tanggungjawab yang dipikul tidak dilaksanakan dengan sewajarnya. Apabilan ditegur kita dipersalahkan, dikatakan jahat mengganggu hidup orang. Ya Allah Ya Tuhannku hanya Engkau mengetahui segala-galanya. 

Namun dengan apa yang dilalui pada hari rabu lepas, sempat muhasabah diri dan sematkan dihati buat apa yang sepatutnya sahaja. Tak perlu menggalas tanggungjawab orang lain. Semoga pengalaman ini akan terus mendewasakan diri. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Ok le cukup setakat ini sahaja untuk malam ini. Layan je ayam goreng yang sedap ni. Disebabkan sukatan bahan tidak dinyatakan maka saya main campak-campak je dan alhamdulillah hasilnya sangat sedap.



RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH KUMPULAN BIRU
Sumber: Masterchef Malaysia

Bahan-bahan:
  • Ayam dipotong kecil
  • Bawang Merah (dikisar)
  • Bawang Putih (dikisar)
  • Halia (dikisar)
  • Serai (dikisar)
  • Serbuk Kari
  • Serbuk Ketumbar
  • Serbuk Jintan Putih
  • Daun Kari
  • Serbuk Kunyit
  • Garam - Secukup Rasa
  • Maggi Cukup Rasa - Secukup Rasa- saya tak letak
  • Minyak - Cukup untuk mengoreng

Cara-cara memasak:
  1. Perapkan ayam dengan kesemua bahan, biarkan sebentar.- saya perap ~ 2 jam
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dan garing.
  3. Sedia untuk dihidangkan.



    3 comments:

    Cik Puan Izan❤ said...

    wahhh...boleh try ni...

    Unknown said...

    Akak pun baru mkn ayam goreng berempah mcm ni, tp tergelap sikit gorengnya.
    Kak sam, manusia mcm tu la yg merosakkan hidup org lain. Tak boleh ditegur.....kita yg jd mangsa. Apa boleh buat, sakit mata n hati pun kena tempuh jg. Sabar ye.

    Amie said...

    Sedap ni kalau dah berempah-rempah... wangi aje baunya.
    Selamat Hari Ibu Kak Sam...