MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, September 24, 2012

Apam Polkadot Inti Nutella

Assalamualaikum w.b.t
Semakin hari semakin sibuk. Hari ini bekejar ke sana ke mari sampaikan terpaksa bawa juga kerja balik rumah untuk disiapkan malam ini. Bila difikir-fikirkan balik macam menyesal je. Tapi ini sudah ketentuan Yang Maha Esa, peluang yang rasanya tak akan datang lagi tidak akan dipersia-siakan. Semoga dipermudahkan olehNya dalam melaksanakan tugasan yang perlu diselesaikan. 

Cabaran makin dirasai kerana sebagai ketua kumpulan kemahiran membuat keputusan amat diperlukan. Apabila terdapat perbezaan pendapat antara ahli pasukan, ketua perlu memainkan peranan bagi memastikan matlamat tidak tersasar. Perbincangan, percambahan fikiran, perdebatan memang amat memenatkan namun ianya perlu dihadapi bagi menghasilkan yang terbaik. Aduhhhhh semoga pengalaman berharga ini akan lebih mendewasakan diri. Esok perlu dilalui dengan lebih bersemangat bagi memastikan pengagihan kerja dapat dilakukan dengan baik. Alhamdulillah bos sentiasa memberi sokongan penuh dengan setiap tindakan yang diambil. 


Ok le sebagai penyeri entri, saya kongsikan apam polkadot aka dot dot berinti nutella. Sebelum ni pernah buat guna inti blueberry filling. Untuk ujicuba kali ini saya ambik resepi Kak Nor Secubit Garam sebab anak tekak saya memang sesuai sangat dengan resepi2 yang ada kat dapur dia tu. Sebelum ni memang tak pernah makan nutella sebab tak tau dan tak pernah ambil tahu pasal kewujudannya. Tapi bila dah berjinak2 dengan dunia masakan ni baru le tahu dan teringin nak mencuba. Errmmm memang best dan berpatutan dengan harganya. Ok le kalau nak tau salasilah apam polkadot ni sila baca di entri kak nor yea.  



RESEPI APAM POLKADOT
sumber asal : Lilydvalley MyResipi
olahan idea : hanamemories.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecbubitGaram

Bahan-bahan
  • 3 biji telur A - dari peti sejuk
  • 250 gm tepung gandum
  • 150 gm gula halus
  • 170 gm susu segar (susu full cream)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Nutella secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
  • papercup secukupnya
  • acuan lompang
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit (k.nor guna speed 6 menggunakan kenwood selama 9 min) sehingga likat dan agak ringan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan inti nutella secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah. (k.nor kukus selama 12 min)
* k.nor guna acuan lompang yg saiz besar sket dr biasa tu dan kukus apam selama 12min

Nota: saya follow semua step kak nor dan hasilnya amat tidak mengecewakan.

    11 comments:

    HomeKreation said...

    Aslmkm KSam. Lama tak skodeng sini. Harap KSam sihat2 ya. Cantik molek jer apam dot2 ni.

    Kak Sam said...

    tq along.

    rahel said...

    Salam Kak Sam...
    wah...dah lama kite wat apam polkadot...bila nampak apam polkadot kat sini..mood mengapam mcm mau mari sudah...cantik apam itu...nyum nyum..

    mama sara nur said...

    comel apam dot dot ni kalernya pun sweet je
    sedap tu kak sam inti nuttella..rasa keenakkannya

    Qasey Honey said...

    sgt suka tgk kaler apam dot2 tu...sweet habis...

    tun_telani said...

    Salam kak sammm ^^
    tun kan, dr mula2 org duk tayang apam dot2 ni.. smp laa semua org duk pakat buat, n smp laa skrg, duk berangan je nk buat. tp buat nyer x jugak.. duk pikir bape lama la masa nk siap dot2 tu. (pemalas la tu namanya kan. hihi)

    Kak Sam said...

    Rahel...
    dah sampai ke mood tu? good luck yea.

    Kak Sam said...

    mama sara nur...
    kopius sebenar kalernya tu. kat label tulu blue, tapi tak tau le tang mana blue nya tu

    Kak Sam said...

    Qaseh Honey..
    tq

    Kak Sam said...

    Tun...
    Cuba le. Akak rasa seronok masa mengdot..dot apam tu. (tapi masa tengah rajin le)

    mrs kayrul said...

    menariknya...nak buat lagi sekali ntah bila la nak sampai serunya..memang sedap..dah cuba resepi hana memang terbaik