MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, September 9, 2012

Mee Tanpa Telur Udang

Assalamualaikum w.b.t
Kalau bercerita pasal mee udang pasti akan terbayang tempat2 di utara yang terkenal dengan keenakan hidangan ini. Kalau di Perak pastinya Kuala Sepetang dan kalau di Penang pula pastinya Sungai Dua. Bagi saya pula kalau nak makan kat kedai, saya suka ke Ayu Mee Udang di Bayan Lepas. Jika adik-beradik bertamu di rumah pasti kami akan bawa ke situ bagi menikmati mee udang yang enak. Kalau nak pi, kena booking awal2 melalui telefon, kalau tak payah le nak dapat tempat duduk ataupun dah habis. Semenjak berjinak2 dengan dunia masakan ni, saya dapati pelbagai versi resepi yang dikongsi di alam siber, majalah2 dan juga buku2 masakan. 

 
Untuk kali ini saya cuba resepi yang agak ringkas sebab kalau weekday memang masak seringkas yang mungkin. Ringkas tapi sedap, itulah yang dapat saya simpulkan pasal resepi ini. Mee pulak saya guna mee tanpa telur (plain noodles) jenama tesco. Pertama kali menikmati mee ni terus kami sekeluarga jatuh cinta. Sejak dari itu mee kuning memang tak masuk dah ke rumah ni. Mee ni kalau goreng pun sedap, kiranya dalam gerobok tu stok mee ni tak pernah putus. Ok le layan je resepi yang diambil dari buku Chef Hanieliza yang sedang hangat di pasaran sekarang ni.


MEE TANPA TELUR UDANG
Resepi Asal : 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza

Bahan-bahan 
  • 1 paket tanpa telur - di celur
  • 1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
  • 1 liter stok udang
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawam taugeh
  • 2 biji cili merah
  • 1 keping tauhu
Bahan2 Utk Dikisar
  • 15 tangkai cili kering
  • 50 gram udang kering
  • 5 ulas bawang merah  
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 5 biji tomato
  • 2 tangkai serai
Cara-cara
  1. Rebus kepala dan kulit udang bagi mendapatkan stok udang. Toskan air rebusan
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan air rebusan udang dan masakkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang dan biarkan mendidih sekali lagi.
  5. Hidangkan mee dengan bahan hiasan.
Nota: Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza ini memang amat disyorkan kepada mereka2 yang baru nak berjinak2 dalam dunia masakan sebab resepi yang ringkas dan senang di fahami.

    4 comments:

    rahel said...

    Kak sam...
    Mee udang ni nampak sedap la....tapi mangkuk tu kecik jer...tak cukup..hehehe...

    Cikgu Ma said...

    kalo kt tempat saya glemer dgn mee abu...sebenarnya mi udang ni jugak tp masak dalam periuk tanah

    tun_telani said...

    salam kak sam ku sayangg.. tun tgk tergelak2 ni sbb mula2 ingatkan mee tu akak x letak telur udang. konpius jap tun baca.. kui kui.. rupa2nya mee tu yg xde telur ye. mee kuning biasa pun xde telur kan? guna air dried noodle ke kak?

    ps: nnti akak remove word verification ye. susah nk komen.

    KakNi (CikNi Ahni) said...

    mee udang sedap tapi kita orang jarang makan.... sebab nak cari yang sedap susah.... TQ for sharing