MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, September 8, 2012

Roti jala

Assalamualaikum w.b.t

Mesti ramai dah selesai minum petang tak pun hari ni gantung kuali demi untuk memenuhi undangan kenduri dan rumah terbuka. Wah! pasti pelbagai jenis juadah telah dinikmati, apa pun kesihatan jangan diabaikan. Tambahan sekarang cuaca agak mendung dan kadang kala hujan, pasti doktor dan jururawat sibuk melayani karenah pesakit yang tak putus2. Untuk petang ni saya kongsikan roti jala yang disediakan untuk breakfast alif, kebetulan kari ayam masih ada dalam periuk. Ini adalah merupakan antara makanan kegemaran alif, kali ni saya guna resepi yang ringkas dan mudah ni. Untuk roti jala saya selalu gunakan resepi ini ataupun resepi ini. Ok le saya tempekkan lagi resepi yang diambil daripada myresepi.


RESEPI ROTI JALA
Sumber: ummizaihadi@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning~ saya guna pewarna hijau


Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali.
  3. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.


    8 comments:

    rahel said...

    Memang sedap banget jika roti jala berjumpa kari ayam..perghhh..

    KakNi (CikNi Ahni) said...

    nom nom nom pasti sedap!

    Amie said...

    Sedapnya makan roti jalan... kita suka sangat kalau bubuh kuah banyak-banyak!

    mala said...

    terasa nak mkn roti jala pulak ....

    azieazah said...

    Saya sentiasa tabik pada orang yang pandai menjala jala nih. Sebab saya tak reti langsung bab jala jala nih... Tapi suka makan!

    mama sara nur said...

    assalam kak sam
    sama ngan anak dara sy tu suka sgt ni bila ke open house yg ada roti jala ni laju je makan he he

    Chic Na said...

    nampak sedap je kak sam. favret ni. ;)

    nur said...

    mmm..dappp..hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..