MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, October 4, 2012

So NICE...

Assalamualaikum w.b.t
Malam ni nak kongsikan pengalaman perjalanan ke Kuala Lumpur 2 hari lepas. Ke sana untuk menghadiri taklimat berkaitan konvensyen yang akan diadakan pada bulan hadapan. Mulanya nak pergi dengan kenderaan jabatan, tapi macam susah je sebab kena keluar jam 5.00 pagi. Nak pergi naik flight malas sebab taklimat diadakan di PJ. Sudahnya naik bas atas saranan seorang teman dan bas NICE menjadi pilihan sebab boleh naik kat CEO, bangunan sebelah hotel Vistana.



Tambang perjalanan penang - kuala lumpur adalah RM 74.00. Kira ok le sebab walaupun pada waktu itu jumlah penumpang yang ada hanyalah 3 orang, perjalanan diteruskan tepat pada waktunya. Lagi best masa yang diambil untuk tiba di Kuala Lumpur tidak sampai 4 1/2 jam pun. Ada pelayan lagi gitu, makanan ringan disediakan dan kalau sejuk boleh minta selimut. (hehehe itu yang saya buat untuk tidur dengan lenanya). Ok le kalau nak tau lebih lanjut ke SINI. Oh yea esoknya pulang ke penang pun menaiki bas yang sama dan pemandu yang sama.




    4 comments:

    ibh_sue said...

    Bestnya. X pnh lg naik bas nice ni. Lain kali boleh try jg lah.

    KakNi (CikNi Ahni) said...

    harg amahal, mesti vip coach ni kan? bagus lah, demi keselesaan, BTW, boleh claim... heheheh....

    mala said...

    Dan byk Kali naik nice coach tapi sekarang naik aeroline pulak sbb Lenin dkt dgn rmh

    Naz / Nadz COSK said...

    Assallamualikum..

    Naik bas dgn 3 org penumpang jer?? Hihihiii..bas ini aku yg punyaaa....hahahahaa..