Sunday, October 14, 2012

Kek Marble Trio

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah dapat juga update myhomework malam ni. Buat masa ni memang terpaksa lupakan sekejap untuk berceloteh di sini sebab sangatlah sibuk (konon-konon le). Semenjak pasukan kik kami terpilih untuk mewakili jabatan untuk ke peringkat malaysia dan mewakili negeri di peringkat kebangsaan memang dah takda masa terluang rasanya. Sampaikan ada 1 malam tu alif cakap "keje tak habis-habis". Memang sedih sangat masa tu tapi apakan daya ini semua ketentuan Yang Maha Esa. Bukan senang nak berjaya dan lagi rasanya cukup le ini kali pertama dan terakhir untuk ke peringkat kebangsaan. Kena buat yang terbaik untuk jabatan, kumpulan dan diri sendiri. 

Jumaat lepas panel hakim datang buat pemeriksaan bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang, memang stress le dibuatnya. tapi tu baru 30%, usaha perlu dipertingkatkan untuk 70% lagi. InsyaAllah 21.10.2012 - 24.10.2012 akan berada di Kota Bharu dan 4.11.2012 - 8.11.2012 akan berada di Langkawi pulak. Jika ditakdir untuk tak menang pun tak pe, yang penting pengalaman yang diperolehi amat berharga dan tak boleh dibeli di mana2.


Stress punya pasal, minggu lepas sempat menggodek resepi yang CMG kongsikan di MyR. Kalau tengok kat Dapur Tanpa Sempadan pelbagai versi jugak dikongsikan. Hasilnya memang sedap sangat dan ramai yang memuji (hehehe konon-konon tukang buat ni terror bebeno). Bukannya apa, seperti biasa kalau buat kek memang rezeki rakan2 di pejabat. Kat rumah ni mama dengan aqil je yang makan. Baba makan sepotong, alif memang tak pandang le. Ok le kepada yang belum mencuba sila buat cepat yea, garenti tak rugi punya.


RESEPI KEK MARBLE TRIO
Sumber: Mat Gebu @ myresepi

Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g Gliserin  ~ saya guna susu cair
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco
 Cara-cara
  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan. 
  2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
    Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu. 
  3. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata. 
  4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2). 
  5. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis. 
  6. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan. 
  7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.


    8 comments:

    HomeKreation said...

    Aslmkm KakSam. Lama tak jenguk sini, tak sll jln2 pun - bz semedang...hehe. Oooo... sodap nya kek gebu ni.

    mama sara nur said...

    cantik kek mable trio ni
    suka model comel tu dpt mkn kek kan...nk cikit boleh

    rahel said...

    Salam Kak Sam...sedap kek marble trio tu...pepagi mcm ni sesuai sangat la pekena tea panas..

    Amie said...

    Tahniah Kak Sam!
    Tumpang sekeping kek marble di sini ye buat sarapan pagi!

    KakNi said...

    kek marble, simple tapi sedap....

    azieazah said...

    Yang masuk pertandingan sampai peringkat kebangsaan tu pertandingan apa nya? Sukan kah? Memasak kah?

    sitiezahim said...

    salam kak sam...lawo warna kek tu...gud luck unt pertandingan tu..ehem ehem sukan ke?

    Norzie hany said...

    Salam kenal kak Sam.
    Gebu dan cantik color kek marble ni.