MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, November 23, 2012

Kidzania..... Dunia Kanak-Kanak

Assalamualaikum w.b.t.
Berbulan rasanya tidak ber'entry' di sini. Sibuk yang amat sangat dan alhamdulillah setelah segalanya selesai minggu lepas berkesempatan bercuti bersama keluarga setelah masa bersama mereka terpaksa dikorbankan demi sebuah impian. Kejayaan yang dinikmati adalah berkat sokongan suami dan anak-anak tersayang. 

N3 kali ini saya nak kongsikan 1 tempat yang amat sesuai untuk dikunjungi bersama kelurga tercinta. Kidzania..... dunia kanak-kanak memang amat melalaikan kerana masa 5 jam terlalu singkat dirasakan. Ibu bapa pasti terhibur dengan gelagat anak-anak melakukan pelbagai tugasan yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa. Ia secara tidak telah dapat memberi pendedahan kepada mereka berkaitan tugas dan tanggungjawab seorang pekerja.

Tiket boleh dibeli melalui talian atau terus ke kaunter. Kami tiba awal dan tidak perlu menunggu lama. Selain daripada tiket dan tag tangan kami diberikan cek bernilai 100 kidzos.

Setelah melalui pintu masuk kami terus menuju ke CIMB Bank untuk mendapatkan wang tunai. Semua urusan dilakukan oleh anak-anak. Ibu bapa hanya menjadi pemerhati.

Tempat pertama yang disinggahi adalah art & craft studio. Dengan bayaran 8 kiddos seorang, 20 minit diberikan untuk mencungkil bakat seni anak-anak. (Alif n aqil memang takde bakat)

Anak-anak sedang memahami tugasan di TM Centre. 

Pemeriksaan mata perlu dilakukan bagi membolehkan anak-anak mengambil lesen kereta.

Insuran juga perlu dibeli sebelum ujian memandu dilakukan

Menunggu giliran untuk menjalani ujian memandu di honda centre

Lesen akan dicetak setelah selesai ujian memandu di jalankan.

Dengan bayaran 10 kiddos dan menunjukkan lesen dapatlah alif memandu kereta honda selama 20 minit.


^
^
^
^
akan bersambung di entri akan datang


    4 comments:

    :::aZiE::: said...

    bestnyer :)

    Kak Sam said...

    Azie..
    memang best sangat

    azieazah said...

    Semuda itu dah dapat lesen. Wahhh menarik tu. Pendedahan awal sebegitu bagus juga utk anak-anak, kan?

    cikpjaz said...

    wah..bestnyer
    mase dulu2 x de tempat cmni..hehhe


    slm..nak minta tlg sikit blh? jom support pjaz dlm contest anjuran denaihati..hanya klik G+ di bwh entri contest, TQ so much ^^

    http://www.cikpjaz.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html