MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, October 5, 2013

Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat ilahi kerana diberikan rezeki dan masa untuk saya membaca sehingga ke noktah terakhir satu lagi karya tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Ini adalah buku ketiga karya beliau yang saya baca. Sememangnya apabila membaca tulisan beliau membuatkan kita ingin terus menatap bait-bait pengalaman yang dikongsikan sehingaga ke noktah terakhir, tetapi sebagai manusia biasa ianya tentu sukar. Yang pasti bila ada masa terluang, buku inilah yang dibuka. Walaupun agak terlambat mengenali karya beliau dan isteri tetapi ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak membaca buku-buku yang telah lama berada di pasaran. Alhamdulillah siang tadi berjaya mendapatkan 2 lagi buku karya Pn. Roza Roslan. In Shaa Allah akan saya kongsikan di sini nanti. 


 Berbalik kepada buku Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman ini setelah usai membacanya kesimpulan mudah tapi signifikan adalah apa jua yang kita ingin lakukan berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang, setiap permintaan hamba-Nya tidak akan dikecewakan. Selangkah kita hampir dengan Allah, seribu langkah Allah hampir dengan kita.  Tapi harus diingatkan bahawa meminta itu bukan hanya sekali tetapi perlu berkali-kali dan kadang kala mengambil masa yang lama kerana Allah Maha Mengetahui bilakah masa yang terbaik untuk memakbulkan doa dan permintaan kita itu. Jika ianya tidak dimakbulkan bukan kerana Dia tidak menyayangi tetapi sebaliknya itu adalah yang terbaik buat kita. 


Pengalaman menunaikan umrah pada tahun 2012 bersama ibu bapa mertua dan makteh membolehkan saya memahami dengan lebih mudah perkongsian prof ini. Ia juga membuatkan saya ingin berada di sana kembali, semoga kad jemputan untuk menunaikan fardhu haji tiba sebelum usia memasuki angka 40. Sememangnya benar jika kita tidak dijemput ke sana oleh Yang Maha Esa, pasti tidak kesampaian walaupun ianya nampak mudah. Mengimbau kenangan Tahun 2006, suami 3 beradik dibawa oleh kedua ibu bapa mertua menunaikan rukun islam ke-5. Ramai rakan taulan dan saudara mara bertanya kenapa saya tidak turut serta. Alasan yang diberikan cukup mudah 'anak kecil lagi'. Allah Maha Besar, bila dikenangkan kembali terasa begitu naif diri ini. 

Saya kongsikan di sini ulasan seorang pembaca yang dicatatkan di belakang buku ini "Sebuah buku 'motivasi dakwah' yang segar dan jujur untuk 'orang biasa' mencari keredaanNya". In Shaa Allah apa yang diperolehi dari buku ini akan dijadikan panduan dalam mencari keredaan Yang Maha Kuasa. Kepada pembaca yang dijemput ke sana, jadikanlah buku ini sebagai salah satu bahan rujukan untuk persediaan ketika berada di sana nanti, ianya mudah difahami dan sangat signifikan.


Sedikit petikan dari buku:

"Terbukti, ibadat haji mempunyai aromanya yang tersendiri. Ia agak istimewa berbanding dengan ibadat-ibadat lain"

"'Ya Allah, tunaikanlah permohonan hambamu ini. Aku teringin untuk menunaikan fardhu haji. Jemputlah daku Ya Allah. Berikan kecukupan wang ringgit. Berikanlah tbuh badan yang sihat. Berikanlah kelapangan masa. Berilah keringanan hati untuk mengadapmu Ya Allah"


    2 comments:

    mala said...

    saya pun terkilan tak dapat pergi dgn husband thn 2007 dari brunei. dia pergi sorang2. kebetulan mertua pun dpt pergi thn yg sama dr msia. anak2 tak ada orang yg jaga. bapa saya pula terlantar stroke, mak terpaksa jaga. rezeki husband dpt jumpa mak dan abah dia di mekah. azam nak pergi thn dpn dari oman.

    Ummi said...

    Assalamualaikum Sam...salam ukhwah. Kebetulan terlintas dari dapur Anna Qawina ternampak entry ini. Alhamdulillah, akak telah dijemputNya menjadi tetamu musim haji tahun 2012 yang lepas. Sebaik mendapat tawaran terpilih (sblm dpt tarikh berangkat), sahabat ofis telah memberikan buku Travelog Haji ini untuk akak baca. Melalui buku inilah aroma haji begitu kuat sekali, terasa ingin mengejar haji yang mabrur sangat kuat. Syukur kpd Allah yang mempertemukan akak dgn buku ini melalui sahabat ofis, dan terima kasih tak terhingga kepada Prof kerana menghulurkan hadiah istimewa (info, tips dan fakta) untuk bakal2 haji dan umrah melalui buku ini.

    Di dalam hati ada juga terniat, kalau dapat bertemu Prof dan mendengar tazkirahnya alangkah bahagia. Dengan izinNya, sesampai kami di Madinah, masuk hari ke2 selepas maghrib, suami akak telah bertemu Prof di dalam Masjidil Nabawi, Prof kebetulan datang duduk di sebelahnya...MasyaAllah, Tabarakallah, bagai pucuk dicita ulam mendatang...sempatlah Prof bertazkirah kpd suami akak dan beberapa jemaah lelaki lain.

    Keluar sahaja dari pintu pagar Masjidil Nabawi, akak menunggu di situ, suami terus menunjukkan gambarnya bersama Prof...waa jeles sekejap. Rupanya Prof siap lakarkan atas kertas kpd suami untuk turut hadir ke tazkirahnya di Hotel Movenpick untuk jemaah2 haji KT20 keesokan paginya (Jumaat, lepas Dhuha). Alhamdulillah, dptlah akak dan suami (sekali lgk) juga dengar tazkirah Prof bersama beberapa rakan biilk di Madinah yg sempat kami ajak bersama. Prof berkobar-kobar bercakap dan sesekali dgn sebaknya, beliau lebih menekankan kepada mempertahankan haji mabrur. Allah ya Allah..rasa bersemangat sekali kami..

    Dan alhamdulillah juga, kami dipermudahkan Allah dgn berpandukan kepada tips2 beliau. Datang awal ke masjid, mencari saf hadapan, bermunajat sblm masuk waktu, rebut peluang solat jenazah, menjaga aurat sebenar2nya bg wanita, duduk dlm majlis ilmu (taman2 syurga) dan yang penting beristiqamah apabila balik ke Malaysia...Allahu Akbar!

    Setakat ini, selain Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, akak juga telah berjaya hadam buku Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok, 50 Tips Motivasi Haji, Bersyukur Saat Diuji dan Anekdot Madinah..manakala buku Ilmu Kehidupan yang dilancarkan sekitar dlm Ogos/September 2013 (*x ingat) baru separuh jalan. Terbaru, buku Travelog Haji Mengusik Hati (kompilasi dr 3 buku haji terdahulu) telah dilancarkan (*x silap pada 12 Oktober) baru-baru ini juga baru sampai ke tangan akak (dihadiahkan oleh rakan FB) yang sempat hadir majlis tersebut dan dapatkan t.t Prof & Pn Roza. Alhamdulillah.

    Mungkin Sam tahu blog Prof Kamil?? Sebuah universiti online yang telah mempunyai lebih 6,500 siswa/siswi keluar masuk kuliahnya dgn penceramah2 hebat... Layari http://muhdkamil.org/home

    *Mohon maaf jika akak terlebih berkata ataupun Sam sudah maklum semuanya... @__@