Assalamualaikum w.b.t....
Alhamdulillah, N3 pertama tahun 2014 semoga mood meng'update' akan terus bercahaya. Masa baca 'paper' pagi ni tertarik dengan artikel ni dan terus terfikir untuk kongsikan di sini untuk peringatan bersama.
Artikel ini dikongsikan oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL) mengenai amalan selepas makan yang patut dielakkan demi untuk kebaikan kesihatan pembaca. Sebelum meneruskan pembacaan tanya diri kita sendiri apakah tabiat yang kita lakukan selepas makan sebenarnya banyak mempengaruhi diet sistem pencernaan tubuh kita. Jika kita sering mengamalkan perkara di bawah, bersama-samalah kita cuba menghentikannya dari sekarang.
Jangan makan buah selepas makan
Ramai yang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini kurang tepat kerana makan buah sebaik selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.
Jangan minum teh selepas makan
Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih sahaja.
Jangan mandi selepas makan
Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh meningkat, manakala jumlah darah di dalam perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.
Jangan banyak berjalan
Jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian.
Jangan tidur selepas makan
Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarakkan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau dua jam.
Jangan merokok selepas makan
Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Justeru langkah terbaik ialah berhenti merokok.
Jangan bersenam selepas makan
Bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan. Kesihatan diri merupakan antara aspek utama yang dititik beratkan alam kepenggunaan. Ini kerana dengan kesihatan kita dapat membentuk mental yang baik sekaligus menjamin kelstarian kehidupan individu dan keluarga.
No comments:
Post a Comment