Wednesday, February 5, 2014

Tips Penyusuan Ibu # 2

Assalamualaikum w.b.t


3. ILMU
Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.'' Penyusuan juga tidak akan berjaya jika kita lakukan tanpa ada ilmu di dada. Kalau dulu memang saya tidak ambil kisah berkaitan maklumat tentang susu ibu. Tapi kali ini saya cuba dapatkan maklumat sebanyak mungkin dan cuba memahami konsep susu ibu yang sebenarnya. Ada rakan menyarankan agar saya mengikuti kelas yang dianjurkan oleh pakar laktasi, namun disebabkan kekangan waktu memang tak berkesempatan. Jadi saya dapatkan maklumat melalui pembacaan dan bertanya kepada rakan2 yang berpengalaman. Buku yang saya beli adalah Hebatnya Susu Ibu tulisan Rita Rahayu Omar, Majalah Pa & Ma dan carian di google. Bersyukur sangat kerana ramai yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman di alam maya. Alhamdulilah setiap panduan yang diberi saya cuba praktikkan dengan sebaik mungkin. Jika ianya bersesuaian terus saya amalkan dan jika sebaliknya saya hentikan. Ini adalah kerana tubuh badan kita adalah tidak sama jadi pendekatan dan cara adalah berbeza bagi setiap orang. Memahami konsep supply and demand paling utama dalam memastikan kejayaan penyusuan secara eksklusif..


    2 comments:

    sitiezahim said...

    salam.. masa saya pregnen harituh, mmg niat nak fully bf baby. siap dah simpan baju2 yang tak sesuai. tp lepas beberapa minggu, baby tak kenyang. last2 saya campur dengan susu botol. sedih betul hati tp dr anak pertama saya mmg masalah tang tu.. huhu..

    Azian Elias said...

    salam kenal..