Assalamualaikum w.b.t
Rindu sungguh dengan MH ni, banyak yang nak dikongsikan tapi payah sangat nak log in. Last entry dah hampir sebulan lamanya, adakah next entry sebulan akan datang.. jeng..jeng..jeng... tunggu dan lihat.
Alhamdulillah baru-baru ni impian saya 4 tahun lepas menjadi kenyataan. Pada tahun 2010 di kuantan, pasukan saya menjadi belasahan semasa di peringkat kumpulan, jadi memang tak merasa le nak masuk peringkat seterusnya. Mulai saat itu mula bertekad takmo pergi bertanding sekadar untuk mencukupkan kuota sahaja. Balik ke penang terus bincang dengan Timbalan untuk bina pasukan yang mantap dengan mengadakan latihan secara berkala dan mencari tempat latihan yang bersesuaian. Selain itu pemain akan didedahkan dengan perlawanan dengan menyertai pertandingan2 dalam negeri. Pada peringkat awal memang sangat mencabar, setiap kali latihan memang bilangan pemain tak pernah cukup. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik minat kakitangan untuk turut serta. Selepas 4 bulan, saya terima arahan berpindah dari ibu pejabat maka tanggungjawab diserahkan kepada rakan seperjuangan. Tahun 2012, terima perkhabaran pasukan masih lagi menjadi pasukan belasahan di kuching yang menyebabkan rakan saya hampir berputus asa. Namun beliau dan pasukan bangkit semula dan akhirnya 2014 pasukan ini bergelar naib johan dengan perbezaan 1 mata sahaja. Jurang itu amat mengecewakan tapi ia adalah sesuatu yang amat membanggakan. TAHNIAH kepada mereka semua. Allah Maha Adil, jika kita berusaha pasti akan berjaya....
#Kejohanan Sukan Dwi Tahunan SUKSem
#Ilovenetball
No comments:
Post a Comment