Assalamualaikum w.b.t
Semalam diserang penyakit 3 serangkai (demam, selsema dan sakit tekak). Lepas hantar ariq ke taska terus cari klinik tapi tak buka lagi sebab masa tu belum pukul 8 pagi lagi. Balik rumah semula, hampir pukul 10 pagi baru keluar. Selepas diperiksa, Dr. kata tekak saya merah dah nak bengkak, demam dah nak kebah dan selsema kena makan antibiotik. Dapat 4 jenis ubat dan mc 1 hari dengan kos RM48 (rasa macam mahal je). Lepas tu terus pergi tesco sebab rasa teringin nak makan limau. Seperti biasa bukan limau je yang dibeli, ada kiwi, kelapa dan 100 plus juga. Sampai rumah terus makan dan minum semua tu (tapi tak habis semua le) dan telan ubat. Terjaga dari lena, alhamdulillah tekak tak sakit dah, tinggal selsema dan sakit kepala je. Persoalannya antara yang di bawah apakah yang memberi kesan mujarab kepada tekak saya;
i) Ubat sakit tekak
ii) Buah Limau
iii) Air kelapa
iv) Buah kiwi
v) Air 100 plus
#Alhamdulillah
#TerimakasihAllah
No comments:
Post a Comment