Assalamualaikum w.b.t
Semalam masa di maybank ada promosi jualan rumah. Konsep bina dan jual, rumah dah siap 70%. N3 ini bukan nak promote rumah2 tu tapi berkongsi pengalaman sendiri. Ye la masa muda belia dulu tak terfikir pun nak beli rumah. Grad tahun 2000, semangat kerja memang membara dan berazam sebelum kahwin nak hantar mak + apak pergi menunaikan fardhu haji/ umrah. Ketika tu bila kawan-kawan bersembang pasal beli rumah memang tak ambik pusing sangat. Mula-mula kerja menumpang rumah kakak, lepas tu pindah menyewa dengan kawan2 sebab lebih dekat dengan tempat kerja. Setelah beberapa bulan, ditugaskan menjaga projek di rembau. Syarikat sediakan kereta dan rumah teres setingkat. Lepas setahun dapat kerja baru dan tinggal bersama rakan sekerja dirumah yang juga disediakan oleh syarikat. Jadi memang tak rasa ada keperluan untuk beli rumah.
Tahun 2003 title cik bertukar menjadi puan, pjj (penang - seremban) selama 3 bulan. Sebelum kahwin memang hb dah sewa rumah, MIL dah siapkan segala kelengkapan. 2004 kami mula terfikir nak beli rumah sendiri. Kawasan dalam pulau pinang memang diluar kemampuan, cuma di Balik Pulau je agak murah. Tapi bila memikirkan faktor keadaan muka bumi dan jarak perjalanan ke tempat kerja kami reject. Walau pun hakikatnya pada masa itu ramai je orang yang berulang alik dari balik pulau ke georgetown dan sekitarnya untuk mencari rezeki. Setelah puas mencari kami ambil keputusan untuk beli di bertam, rumah teres 1 tingkat yang berharga lebih kurang 100k. Pada masa yang sama ada juga rumah teres 2 tingkat yang berharga lebih kurang 180k.
Alhamduillah rumah yang dibina siap mengikut tempoh, namun malangnya pada tahun yang sama kerajaan menaikkan harga minyak dan tol. Disebabkan kami berdua bekerja di pulau dan mengambil kira kos, kami putuskan untuk terus tinggal di bahagian pulau dan sewakan rumah di bertam.Dalam tempoh yang singkat, harga rumah di pulau pinang menjadi semakin mahal. Kalau dulu di balik pulau harga rumah teres 2 tingkat lebih kurang 200k sahaja, namun kini telah melebihi setengah juta. Apartment yang kami sewa bermula tahun 2006, harganya kini mencecah 400k yang berkeluasan 980 kaki persegi sahaja.
Tahun 2011 kami beli rumah teres 2 tingkat di butterwoth, dengan mengambilkira ianya adalah lokasi yang paling strategik. Walau dimanapun saya akan ditugaskan tak de le jauh sangat. Hb pula akan menjadi pengguna setia jambatan pulau pinang setiap hari. Pembinaan dilaksanakan mengikut jadual dan kunci diterima pada penghujung bulan tahun 2013. Kebetulan masa tu saya sedang cuti bersalin, jadi senang sikit nak menguruskan segala yang berkaitan sebelum berpindah. Baru-baru ni ada kawan yang bertanya harga rumah tu masa mula-mula dulu, dan saya bagitau pada dia. Katanya ada unit yang nak dijual dengan harga yang hampir sekali ganda berbanding harga asal. Mmg saya terkejut sebab nilai meningkat dalam tempoh yang singkat.
Jadi kepada adik-adik telah bekerja, jadikan membeli rumah sebagai keutamaan. Sekarang ni banyak inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat membeli rumah di usia muda. Kereta dan keperluan sampingan yang lain-lain tu cukuplah sekadar ada, tak perlu berlebihan sangat. Pada saya itu semua adalah kepuasan yang merugikan. Kalau tak duduk kat rumah yang dibeli pun tak apa, boleh disewa atau disimpan. Lama-lama harga akan naik dan terus naik dan memberikan keuntungan dalam jangka panjang. Tapi nak beli pun kena tengok lokasi jugak. Ada tempat yang sesuai untuk dijadikan kediaman kita dan ada pula tempat yang sesuai dijadikan sebagai pelaburan.
sekadar hiasan |
No comments:
Post a Comment