MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, November 27, 2014

Ujian Penilaian Sekolah Rendah....

 Assalamualaikum w.b.t
Semalam keputusan upsr diumumkan dan ianya menjadi topik utama di tv, radio, facebook, whatsap dll. Gembira, ceria, sedih, tangis dan macam2 emoticon yang ditunjukkan. Saya dulu pun masa upsr takde le dapat semua A dalam semua subjek. Tapi alhamdulillah Allah izinkan saya berada di tahap ini sekarang. Kalau tengok kat FB Ustazah Norhafizah Musa ngan Saiful Nang macam2 komen yang diberikan atas status yang mereka kongsikan. Pada saya yang penting dalam apa yang kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha. Hasil yang bakal diperolehi serahkan kepada Allah S.W.T, kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Sebagai ibu bapa sentiasa bimbing dan beri sokongan pada anak2, ini hanyalah permulaan untuk mereka. Sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka setiap kali selesai solat.


    2 comments:

    Unknown said...

    setuju, UPSR baru titik mula untuk ke peringkat yang seterusnya. Masih banyak liku2 yang perlu di hadapai di hadapan mereka kan.

    Kak Sam said...

    Bila difikir-fikirkan balik tak tahu le macam mana plak sistem penilaian pada masa akan datang pulak..